Lot 15972, Jalan Impian Murni 3/4, Saujana Impian,
43000 Kajang, Selangor Darul Ehsan.

Jumaat, 3 April 2015

Solat Jumaat Kali Pertama di SRF

Hari ini ialah hari Jumaat, 13 Jamadil Akhir 1436 bersamaan dengan 3 April 2015 pihak Surau Raudhatul Firdaus (SRF) Impian Murni, Saujana Impian, Kajang, Selangor telah mengadakan Solat Jumaat Kali Pertama di SRF.

al-Hamdulillah, hari ini menjadi sejarah buat julung-julung kalinya para jemaah boleh menunaikan Solat Jumaat di SRF setelah diluluskan oleh pihak Jabatan Agama Islam Selangor sebagai Surau Jumaat.

Rabu, 1 April 2015

Kuliah Maghrib 01042015

Allah S.W.T. telah berfirman: Maksudnya: Dan demikian (pula) Kami mempertemukan (manusia) dengan mereka agar manusia itu mengetahui bahawa janji Allah itu benar dan bahawa kedatangan hari kiamat tidak ada keraguan padanya. Ketika orang-orang itu berselisih tentang urusan mereka, orang-orang itu berkata: "Dirikanlah sebuah bangunan di atas (gua) mereka, Tuhan mereka lebih mengetahui tentang mereka". Orang-orang yang berkuasa atas urusan mereka berkata: "Sesungguhnya kami akan mendirikan sebuah rumah peribadatan di atasnya". (Surah al-Kahfi: Ayat 21).

Rabu, 25 Mac 2015

Mesyuarat Jawatankuasa SRF Kali Ketiga Sesi 2014/ 2016

Hari ini ialah hari Rabu, 25 Mac 2015. Surau Raudhatul Firdaus (SRF) Impian Murni, Saujana Impian, Kajang, Selangor telah mengadakan Mesyuarat Jawatankuasa SRF Kali Ketiga Sesi 2014/ 2016 pada malam semalam (Selasa, 24 Mac 2015) jam 9:10 malam hingga 11:05 malam di SRF.

Antara perkara-perkara yang dibincangkan ialah berkenaan laporan kewangan, Solat Jumaat, aktiviti surau dan lain-lain lagi.

Ahad, 8 Februari 2015

Gotong-royong Bulan Februari 2015

Pihak Surau Raudhatul Firdaus (SRF) Impian Murni, Saujana Impian, Kajang, Selangor telah mengadakan aktiviti gotong-royong pada pagi tadi (Ahad, 8 Februari 2015). Aktiviti dilakukan di dalam bangunan surau, perkarangan surau dan di luar kawasan surau.
 
Ahli-ahli jawatankuasa SRF mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua ahli kariah yang sama-sama terlibat dalam menjayakan aktiviti kali ini.

Ahad, 18 Januari 2015

Majlis Sambutan Maulidur Rasul 1436

Hari ini ialah hari Ahad, 27 Rabiu'l Awwal 1436 bersamaan dengan 18 Januari 2015.
Pada hari semalam (Sabtu, 26 Rabiu'l Awwal 1436 bersamaan dengan 17 Januari 2015), pihak Surau Raudhatul Firdaus (SRF) Impian Murni, Saujana Impian, Kajang, Selangor telah mengadakan Majlis Sambutan Maulidur Rasul 1436.

Sejak petang lagi, kaum muslimin dan muslimat telah mula berkumpul di Jalan Impian Murni 2. Perarakan Maulidur Rasul di adakan sebelum azan Maghrib. Ahli kariah dan jemaah surau berselawat serta berarak dari Jalan Impian Murni 2, Jalan Impian Murni 3/1, Jalan Impian Murni 3/3, Jalan Impian Murni 3/4 dan terus ke kawasan surau. 

Selepas solat Maghrib berjemaah, program dimulakan dengan kata-kata aluan daripada pengacara majlis. Ia diteruskan dengan ucapan selawat dan persembahan nasyid daripada jemaah SRF. Kemudian, Ceramah Khas Maulidur Rasul disampaikan oleh Ustaz Abu Hasan Ash'ari bin Zakaria. 

Apabila Ceramah Khas tamat, ahli-ahli SRF solat Isyak secara berjemaah dan menikmati jamuan yang disediakan sebelum pulang ke rumah masing-masing. Sekali lagi persembahan nasyid diadakan ketika jemaah surau menjamu selera.

Sabtu, 20 Disember 2014

Komunikasi Suami Isteri Bahagia

Adakah anda pasangan yang bakal mendirikan rumah tangga?

Atau baru sahaja mendirikan rumah tangga?

Atau pasangan yang sudah lama mendirikan bahtera rumah tangga?


Menurut Perunding Terapi Kekeluargaan Annabella House Of Theraphy, Suhana Ahmad Marzuki, faktor kesibukan menguruskan kerjaya dan rumah tangga serta anak-anak menjadikan komunikasi antara suami isteri semakin terbatas. Malah mengikut kajian, pasangan suami dan isteri pada hari ini hanya berkomunikasi sebanyak 20 hingga 25 peratus sahaja dalam sehari, manakala baki 75 peratus lagi sekadar menggunakan bahasa badan atau 'faham-faham' sendiri sahaja.

Tahukah anda ?

BERKOMUNIKASI adalah cara yang paling 'mudah' bagi memastikan kebahagiaan rumah tangga yang dibina kekal dan juga cara terbaik untuk melengkapkan hari-hari bahagia bagi setiap pasangan.

Mini Seminar di Dewan Seminar Masjid al-Hasanah, Bandar Baru Bangi: Komunikasi Suami Isteri Bahagia bersama Perunding Fonetik Bertauliah dan Tim Pengkaji Komunikasi Gaya Nabi Muhammad daripada PTS Coe Sdn Bhd, Pn Muna ‘Izzah Dato' Haji Fadhil yang pernah berkhidmat sebagai Peguam Mahkamah Tinggi Malaysia.

Jumaat, 28 November 2014

Mesyuarat Jawatankuasa SRF Kali Kedua Sesi 2014/ 2016

Hari ini ialah hari Jumaat, 28 November 2014. Surau Raudhatul Firdaus (SRF) Impian Murni, Saujana Impian, Kajang, Selangor telah mengadakan Mesyuarat Jawatankuasa SRF Kali Kedua Sesi 2014/ 2016 pada malam semalam (Khamis, 27 November 2014) jam 9:35 malam hingga 11:00 malam di Bilik Mesyuarat SRF.

Antara perkara-perkara yang dibincangkan ialah berkenaan laporan kewangan, laporan biro-biro, aktiviti surau dan lain-lain lagi.