Lot 15972, Jalan Impian Murni 3/4, Saujana Impian,
43000 Kajang, Selangor Darul Ehsan.

Jumaat, 28 November 2014

Mesyuarat Jawatankuasa SRF Kali Kedua Sesi 2014/ 2016

Hari ini ialah hari Jumaat, 28 November 2014. Surau Raudhatul Firdaus (SRF) Impian Murni, Saujana Impian, Kajang, Selangor telah mengadakan Mesyuarat Jawatankuasa SRF Kali Kedua Sesi 2014/ 2016 pada malam semalam (Khamis, 27 November 2014) jam 9:35 malam hingga 11:00 malam di Bilik Mesyuarat SRF.

Antara perkara-perkara yang dibincangkan ialah berkenaan laporan kewangan, laporan biro-biro, aktiviti surau dan lain-lain lagi.

Ahad, 16 November 2014

Kuliah Subuh Ahad Ketiga November 2014

Tarikh hari ini ialah 23 Muharram 1436 Hijrah bersamaan dengan hari Ahad, 16 November 2014.

Kuliah Subuh yang bertajuk Saya Mestilah Muslim Di Sudut Akidah telah disampaikan oleh Ustaz Norjeehan bin Ahmad Mustapa di Surau Raudhatul Firdaus.

Antara isi-isi penting yang telah disampaikan: 1-Saya mestilah mengimani dan meyakini bahawa pencipta alam sejagat ini ialah Allah. 2-Saya mestilah mengimani dan meyakini bahawa Allah tidak mencipta alam ini tanpa tujuan atau untuk bermain-main sahaja. 3-Saya mestilah mengimani dan meyakini bahawa Allah telah mengutuskan para rasul dan menurunkan kitab untuk tujuan mengajar manusia mengenal Allah. 4-Saya mestilah mengimani dan meyakini bahawa matlamat hidup manusia dalam kehidupan dunia ini ialah untuk mengenal Allah. 5-Saya mestilah mengimani dan meyakini bahawa syurga adalah balasan dan ganjaran bagi mukmin yang taat. Neraka pula adalah balasan dan ganjaran siksaan bagi orang-orang kafir.

Isnin, 3 November 2014

Forum Perdana Sempena Sambutan Ma'al Hijrah 1436

Hari ini ialah hari Isnin, 10 Muharram 1436 bersamaan dengan 3 November 2014.

Pada hari semalam (Ahad, 9 Muharram 1436 bersamaan dengan 2 November 2014), pihak Surau Raudhatul Firdaus (SRF) Impian Murni, Saujana Impian, Kajang, Selangor telah mengadakan Sambutan Ma'al Hijrah 1436. Sejak petang lagi, kaum muslimat telah mula memasak bubur Asyura.

Selepas solat Maghrib berjemaah, program dimulakan dengan kata-kata aluan daripada pengacara majlis. Ahli-ahli panel Forum Perdana dipersilakan mengambil tempat. Majlis diteruskan dengan persembahan nasyid daripada jemaah SRF.

Kemudian, Forum Perdana pun bermula. Tajuk forum kali ini ialah 'Hijrahkah Kita?' Ahli-ahli panel terdiri daripada Ustaz Syed Muhammad Anas bin Syed Abdul Hamid (Panel 1), Ustaz Norjeehan bin Ahmad Mustapa (Panel 2) dan Ustaz Solah Hudin bin Hamat (Panel 3). Moderator pula ialah Ustaz Hussain bin Abdul Wahab.

Apabila Forum Perdana tamat, ahli-ahli SRF solat Isyak secara berjemaah dan menikmati jamuan yang disediakan sebelum pulang ke rumah masing-masing.