Lot 15972, Jalan Impian Murni 3/4, Saujana Impian,
43000 Kajang, Selangor Darul Ehsan.

Sabtu, 20 Disember 2014

Komunikasi Suami Isteri Bahagia

Adakah anda pasangan yang bakal mendirikan rumah tangga?

Atau baru sahaja mendirikan rumah tangga?

Atau pasangan yang sudah lama mendirikan bahtera rumah tangga?


Menurut Perunding Terapi Kekeluargaan Annabella House Of Theraphy, Suhana Ahmad Marzuki, faktor kesibukan menguruskan kerjaya dan rumah tangga serta anak-anak menjadikan komunikasi antara suami isteri semakin terbatas. Malah mengikut kajian, pasangan suami dan isteri pada hari ini hanya berkomunikasi sebanyak 20 hingga 25 peratus sahaja dalam sehari, manakala baki 75 peratus lagi sekadar menggunakan bahasa badan atau 'faham-faham' sendiri sahaja.

Tahukah anda ?

BERKOMUNIKASI adalah cara yang paling 'mudah' bagi memastikan kebahagiaan rumah tangga yang dibina kekal dan juga cara terbaik untuk melengkapkan hari-hari bahagia bagi setiap pasangan.

Mini Seminar di Dewan Seminar Masjid al-Hasanah, Bandar Baru Bangi: Komunikasi Suami Isteri Bahagia bersama Perunding Fonetik Bertauliah dan Tim Pengkaji Komunikasi Gaya Nabi Muhammad daripada PTS Coe Sdn Bhd, Pn Muna ‘Izzah Dato' Haji Fadhil yang pernah berkhidmat sebagai Peguam Mahkamah Tinggi Malaysia.

Jumaat, 28 November 2014

Mesyuarat Jawatankuasa SRF Kali Kedua Sesi 2014/ 2016

Hari ini ialah hari Jumaat, 28 November 2014. Surau Raudhatul Firdaus (SRF) Impian Murni, Saujana Impian, Kajang, Selangor telah mengadakan Mesyuarat Jawatankuasa SRF Kali Kedua Sesi 2014/ 2016 pada malam semalam (Khamis, 27 November 2014) jam 9:35 malam hingga 11:00 malam di Bilik Mesyuarat SRF.

Antara perkara-perkara yang dibincangkan ialah berkenaan laporan kewangan, laporan biro-biro, aktiviti surau dan lain-lain lagi.

Ahad, 16 November 2014

Kuliah Subuh Ahad Ketiga November 2014

Tarikh hari ini ialah 23 Muharram 1436 Hijrah bersamaan dengan hari Ahad, 16 November 2014.

Kuliah Subuh yang bertajuk Saya Mestilah Muslim Di Sudut Akidah telah disampaikan oleh Ustaz Norjeehan bin Ahmad Mustapa di Surau Raudhatul Firdaus.

Antara isi-isi penting yang telah disampaikan: 1-Saya mestilah mengimani dan meyakini bahawa pencipta alam sejagat ini ialah Allah. 2-Saya mestilah mengimani dan meyakini bahawa Allah tidak mencipta alam ini tanpa tujuan atau untuk bermain-main sahaja. 3-Saya mestilah mengimani dan meyakini bahawa Allah telah mengutuskan para rasul dan menurunkan kitab untuk tujuan mengajar manusia mengenal Allah. 4-Saya mestilah mengimani dan meyakini bahawa matlamat hidup manusia dalam kehidupan dunia ini ialah untuk mengenal Allah. 5-Saya mestilah mengimani dan meyakini bahawa syurga adalah balasan dan ganjaran bagi mukmin yang taat. Neraka pula adalah balasan dan ganjaran siksaan bagi orang-orang kafir.

Isnin, 3 November 2014

Forum Perdana Sempena Sambutan Ma'al Hijrah 1436

Hari ini ialah hari Isnin, 10 Muharram 1436 bersamaan dengan 3 November 2014.

Pada hari semalam (Ahad, 9 Muharram 1436 bersamaan dengan 2 November 2014), pihak Surau Raudhatul Firdaus (SRF) Impian Murni, Saujana Impian, Kajang, Selangor telah mengadakan Sambutan Ma'al Hijrah 1436. Sejak petang lagi, kaum muslimat telah mula memasak bubur Asyura.

Selepas solat Maghrib berjemaah, program dimulakan dengan kata-kata aluan daripada pengacara majlis. Ahli-ahli panel Forum Perdana dipersilakan mengambil tempat. Majlis diteruskan dengan persembahan nasyid daripada jemaah SRF.

Kemudian, Forum Perdana pun bermula. Tajuk forum kali ini ialah 'Hijrahkah Kita?' Ahli-ahli panel terdiri daripada Ustaz Syed Muhammad Anas bin Syed Abdul Hamid (Panel 1), Ustaz Norjeehan bin Ahmad Mustapa (Panel 2) dan Ustaz Solah Hudin bin Hamat (Panel 3). Moderator pula ialah Ustaz Hussain bin Abdul Wahab.

Apabila Forum Perdana tamat, ahli-ahli SRF solat Isyak secara berjemaah dan menikmati jamuan yang disediakan sebelum pulang ke rumah masing-masing.

Selasa, 21 Oktober 2014

Nombor Akaun Bank SRF Yang Baharu

Pihak Surau Raudhatul Firdaus (SRF) telah membuka akaun bank yang baharu. Sebelum ini, pihak SRF menggunakan nama akaun dengan akaun pembinaan surau. Akaun baharu ini pula menggunakan nama Surau Raudhatul Firdaus.

Sesiapa yang ingin menderma, boleh memasukkan wang sumbangan anda ke nombor akaun 5620 2162 0066 (Maybank Islamic Berhad) di atas nama akaun Surau Raudhatul Firdaus. Terima kasih.

Isnin, 13 Oktober 2014

Contoh Jadual Bertugas Imam dan Bilal di SRF

Ini merupakan contoh jadual bertugas Imam dan Bilal di Surau Raudhatul Firdaus.

Jadual Imam dan Bilal bertugas (13 hingga 19 Oktober 2014) untuk Subuh, Maghrib dan Isyak. (Zohor dan Asar umum kerana yang bertugas kebanyakannya bekerja).

Jadual ini tertakluk kepada perubahan jika terdapat perkara-perkara yang tidak dapat dielakkan.

Sabtu, 11 Oktober 2014

Jadual Kuliah dan Pengajian Oktober 2014

Sepanjang bulan Oktober 2014, pihak Surau Raudhatul Firdaus (SRF) Impian Murni, Saujana Impian, Kajang, Selangor mengadakan kuliah dan pengajian di surau ini.

Pihak SRF membuat beberapa penambahbaikan dari semasa ke semasa untuk Majlis Ilmu di surau ini selari dengan jawatankuasa yang baru dilantik pada hari Ahad, 7 September 2014.

Ahad, 5 Oktober 2014

Solat Sunat Aidiladha dan Ibadat Korban 2014

Tarikh hari ini ialah 10 Zulhijjah 1435 Hijrah bersamaan dengan hari Ahad, 5 Oktober 2014.

Pihak Surau Raudhatul Firdaus (SRF) Impian Murni, Saujana Impian, Kajang, Selangor telah mengadakan aktiviti Solat Sunat Aidiladha dan Ibadat Korban di SRF. Ia merupakan aktiviti kali pertama diadakan di sini sejak surau mula beroperasi pada hari Ahad, 22 Jun 2014.

Sebanyak empat ekor lembu telah dikorbankan. Ada juga ahli kariah yang mengadakan ibadat akikah daripada bahagian lembu-lembu tersebut.

Selasa, 30 September 2014

Majlis Ramah Mesra SSI dan SRF 2014

Ahli-ahli jawatankuasa Surau Raudhatul Firdaus (SRF) Impian Murni, Saujana Impian, Kajang, Selangor telah membuat kunjungan ke Surau Saujana Impian (SSI), Kajang selepas solat Isyak berjemaah di SRF.

Pertemuan ramah mesra ahli-ahli jawatankuasa SRF dan ahli-ahli jawatankuasa SSI diadakan malam ini selepas solat Isyak tadi (Selasa, 30 September 2014). Perjumpaan ini juga untuk mengambil pengalaman pihak SSI menguruskan surau kerana SRF baru beroperasi pada tahun ini.

Ahad, 28 September 2014

Gotong-royong Bulan September 2014

Pihak Surau Raudhatul Firdaus (SRF) Impian Murni, Saujana Impian, Kajang, Selangor telah mengadakan aktiviti gotong-royong pada pagi tadi (Ahad, 28 September 2014). Aktiviti dilakukan di dalam bangunan surau, perkarangan surau dan di luar kawasan surau.

Ahli-ahli jawatankuasa SRF mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua ahli kariah yang sama-sama terlibat dalam menjayakan aktiviti kali ini.

Jumaat, 12 September 2014

Jadual Kuliah dan Pengajian September 2014

Sepanjang bulan September 2014, pihak Surau Raudhatul Firdaus (SRF) Impian Murni, Saujana Impian, Kajang, Selangor mengadakan kuliah dan pengajian di surau ini.

Pihak SRF membuat beberapa penambahbaikan dari semasa ke semasa untuk Majlis Ilmu di surau ini selari dengan jawatankuasa yang baru dilantik pada bulan September ini.

Khamis, 11 September 2014

Mesyuarat Jawatankuasa SRF Kali Pertama Sesi 2014/ 2016

Selamat menunaikan solat Subuh secara berjemaah. Waktu solat Subuh di Kajang hari ini (Khamis, 11 September 2014) ialah pada jam 5:50 pagi hingga 7:06 pagi.

Surau Raudhatul Firdaus (SRF) Impian Murni, Saujana Impian, Kajang, Selangor telah mengadakan Mesyuarat Jawatankuasa SRF Kali Pertama Sesi 2014/ 2016 pada malam semalam (Rabu, 10 September 2014) jam 9:25 malam hingga 11:45 malam di perkarangan surau.

Antara perkara-perkara yang dibincangkan ialah berkenaan laporan kewangan, pendaftaran surau, akaun surau, pelantikan ketua-ketua biro, perancangan aktiviti sepanjang tahun dan lain-lain lagi.

Ahad, 7 September 2014

Mesyuarat Agung SRF Kali Pertama

Surau Raudhatul Firdaus (SRF) Impian Murni, Saujana Impian, Kajang, Selangor telah mengadakan Mesyuarat Agung Kali Pertama pada pagi tadi (Ahad, 7 September 2014) jam 9:25 pagi hingga 11:05 pagi di perkarangan surau.

Ahli-ahli jawatankuasa pembinaan atau penaja SRF dibubarkan dan ahli-ahli jawatankuasa SRF sesi 2014/ 2016 pula dilantik.


  1. Ustaz Hussain bin Abdul Wahab (Pengerusi)
  2. Ustaz Abdullah bin Hussain (Naib Pengerusi)
  3. Ustaz  Norjeehan bin Ahmad Mustapa (Setiausaha)
  4. Encik Mohd Roslan bin Daud (Naib Setiausaha)
  5. Encik Mohd Nizam bin Osman (Bendahari)
  6. Tuan Haji Bakhrojin bin Majid (Naib Bendahari)
  7. Encik Mazlan bin Ibrahim (Wakil Pemuda)
  8. Puan Ummy Zalynna binti Abd Rahman (Wakil Pemudi)
  9. Ustaz Wan Abdul Hamiluddin bin Abd Kadir (Pemeriksa Kira-kira 1)
  10. Tuan Haji Abdul Halim bin Abdul Wahab (Pemeriksa Kira-kira 2)
  11. Encik Zaid bin Harun (Ahli Jawatankuasa)
  12. Encik Azmi bin Abd Wahab (Ahli Jawatankuasa)
  13. Encik Aizam bin Saberi (Ahli Jawatankuasa)
  14. Ustaz Mohd Zuki bin Mat Zin (Ahli Jawatankuasa)
  15. Encik Mohd Farouk bin Baharim (Ahli Jawatankuasa)
  16. Encik Arnizam bin Zakaria (Ahli Jawatankuasa)   
  17. Encik Nik Muhammad Faris bin Mohd Rasidi (Ahli Jawatankuasa)