Lot 15972, Jalan Impian Murni 3/4, Saujana Impian,
43000 Kajang, Selangor Darul Ehsan.

Jumaat, 17 Julai 2015

Solat Sunat Aidilfitri 1436 @ 2015

Tarikh hari ini ialah 1 Syawwal 1436 Hijrah bersamaan dengan hari Jumaat, 17 Julai 2015.

Pihak Surau Raudhatul Firdaus (SRF) Impian Murni, Saujana Impian, Kajang, Selangor telah mengadakan aktiviti Solat Sunat Aidilfitri di SRF. Ia merupakan aktiviti kali pertama diadakan di sini sejak surau mula beroperasi pada hari Ahad, 22 Jun 2014.

Sabtu, 11 Julai 2015

Iktikaf dan Iftar Perdana Ramadhan 1436

Program dua hari di Surau Raudhatul Firdaus:

Sabtu, 11 Julai 2015 (24 Ramadhan 1436);
0400 : Qiamullail oleh Imam dari Palestin
0500 : Sahur 
0600 : Solat Subuh
0700 : Kuliah Subuh dalam Bahasa Arab disampaikan oleh Sheikh Ahmad Mazouz (Imam dari Palestin) bersama penterjemah Bahasa Melayu
0800 : Rehlah Masyi (Tadabbur Perang Badar)
1330 : Solat Zohor
1655 : Solat Asar

1710 : Tazkirah Asar
1830 : Persiapan untuk iftar (berbuka puasa)
1920 : Iftar/ Solat Mahgrib/ Solat Isyak / Tarawih/ Tazkirah/ Witir
2200 : Tadarus
2300 : Istirahat/ Santai

Ahad, 12 Julai 2015 (25 Ramadhan 1436);

0400 : Qiamullail
0500 : Sahur 
0600 : Solat Subuh
0700 : Kuliah Subuh
1330 : Solat Zohor
1345 : Tazkirah Zohor
1400 : Bersurai


Program ini dianjurkan oleh Ikatan Muslimin Malaysia/ ISMA Kajang, Aman Palestin dan Surau Raudhatul Firdaus.

Ahad, 5 Julai 2015

Kuliah Subuh Imam Muda Asyraf Julai 2015

Hari ini ialah hari Ahad, 5 Julai 2015 bersamaan dengan 18 Ramadhan 1436, Imam Muda Asyraf (Muhammad Asyraf Mohd Ridzuan) telah menyampaikan Kuliah Subuh di Surau Raudhatul Firdaus (SRF).

Kuliah Subuh berkenaan diakhiri dengan diperdengarkan bacaan Surah al-Fajr melalui telefon pintar Imam Muda Asyraf melalui pembesar suara.

Allah S.W.T. telah berfirman: Maksudnya: Demi fajar. Dan malam yang sepuluh. Dan yang genap dan yang ganjil. Dan malam bila berlalu. Pada yang demikian itu terdapat sumpah (yang dapat diterima) oleh orang-orang yang berakal. Apakah kamu tidak memperhatikan bagaimana Tuhanmu lakukan terhadap kaum 'Ad? (iaitu) penduduk Iram yang mempunyai bangunan-bangunan yang tinggi. Yang belum pernah dibangun (satu kota) seperti itu di negeri-negeri lain. Dan kaum Tsamud yang memotong batu-batu besar di lembah. Dan kaum Fira'un yang mempunyai pasak-pasak (tentera yang banyak). Yang membuat sewenang-wenang dalam negeri. Lalu mereka membuat banyak kerosakan dalam negeri itu. Karena itu Tuhanmu menimpakan kepada mereka cemeti azab. Sesungguhnya Tuhanmu benar-benar mengawasi. Ada pun manusia apabila Tuhannya mengujinya lalu dia dimuliakan-Nya dan diberi-Nya kesenangan, maka dia akan berkata: "Tuhanku telah memuliakanku". Ada pun bila Tuhannya mengujinya lalu membatasi rezekinya maka dia berkata: "Tuhanku menghinakanku". Sekali-kali tidak (demikian), sebenarnya kamu tidak memuliakan anak yatim. Dan kamu tidak saling mengajak memberi makan orang miskin. Dan kamu memakan harta pusaka dengan cara mencampur baurkan (yang halal dan yang batil). Dan kamu mencintai harta benda dengan kecintaan yang berlebihan. Jangan (berbuat demikian) apabila bumi digoncangkan berturut-turut. Dan datanglah Tuhanmu sedang malaikat berbaris-baris. Dan pada hari itu diperlihatkan neraka jahanam dan pada hari itu ingatlah manusia, akan tetapi tidak berguna lagi mengingat itu baginya. Dia mengatakan: "Alangkah baiknya kiranya aku dahulu mengerjakan (amal soleh) untuk hidupku ini". Maka pada hari itu tiada seorang pun yang menyiksa seperti siksa-Nya. Dan tiada seorang pun yang mengikat seperti ikatan-Nya. Wahai jiwa yang tenang. Kembalilah kepada Tuhanmu dengan hati yang puas lagi diredhai-Nya. Maka masuklah ke dalam jemah hamba-hamba-Ku. Masuklah ke dalam syurga-Ku. (Surah al-Kahfi: Ayat 1 hingga 30).

Jemaah SRF sempat beramah mesra dengan beliau selepas Kulian Subuh.