Lot 15972, Jalan Impian Murni 3/4, Saujana Impian,
43000 Kajang, Selangor Darul Ehsan.

Sabtu, 21 Mei 2016

Seminar Fiqh Wanita Ramadhan 2016

Hari ini ialah hari Sabtu, 14 Syaaban 1437 bersamaan dengan 21 Mei 2016. Wanita ISMA (Ikatan Muslimin Malaysia) Zon Kajang sebagai penganjur sedang mengadakan Seminar Fiqh Wanita Ramadhan: Amalan Terbaik dan Manfaat Dari Sudut Sains dan Kesihatan ketika ini (10:30 pagi) dengan kerjasama pihak Muslimat Surau Raudhatul Firdaus, Impian Murni, Saujana Impian, Kajang, Selangor.

Seminar diadakan pagi ini di ruang solat utama. Ia dijangka akan tamat pada waktu tengah hari nanti.

Sabtu, 14 Mei 2016

Majlis Perasmian dan dan Pelancaran Ihya' Ramadhan 1437

Hari ini ialah hari Sabtu, 7 Syaaban 1437 bersamaan dengan 14 Mei 2016. Pihak Surau Raudhatul Firdaus, Impian Murni, Saujana Impian, Kajang, Selangor sedang mengadakan Majlis Perasmian dan dan Pelancaran Ihya' Ramadhan 1437.
 
Majlis diadakan selepas solat Maghrib di Surau Raudhatul Firdaus dengan pelbagai aktiviti yang telah dirancang. Ustaz Umar bin Abdul Aziz sedang menyampaikan Ceramah Ihya' Ramadhan ketika ini (8:30 malam). Beliau merupakan Imam 2, Masjid al-Ikhlas, Seksyen 13, Shah Alam.

Sabtu, 7 Mei 2016

Forum Perdana Israk dan Mikraj 2016

Hari ini ialah hari Sabtu, 29 Rejab 1437 bersamaan dengan 7 Mei 2016. Pihak Surau Raudhatul Firdaus, Impian Murni, Saujana Impian, Kajang, Selangor dengan kerjasama badan-badan bukan kerajaan dan persatuan-persatuan penduduk sedang mengadakan Forum Perdana Israk dan Mikraj ketika ini (8:30 malam) bersempena Karnival Impian Murni 2016.
 
Forum diadakan malam ini di ruang solat utama oleh ahli-ahli panel daripada Ikatan Muslimin Malaysia dan Aman Palestin.