Lot 15972, Jalan Impian Murni 3/4, Saujana Impian,
43000 Kajang, Selangor Darul Ehsan.

Selasa, 21 Oktober 2014

Nombor Akaun Bank SRF Yang Baharu

Pihak Surau Raudhatul Firdaus (SRF) telah membuka akaun bank yang baharu. Sebelum ini, pihak SRF menggunakan nama akaun dengan akaun pembinaan surau. Akaun baharu ini pula menggunakan nama Surau Raudhatul Firdaus.

Sesiapa yang ingin menderma, boleh memasukkan wang sumbangan anda ke nombor akaun 5620 2162 0066 (Maybank Islamic Berhad) di atas nama akaun Surau Raudhatul Firdaus. Terima kasih.

Isnin, 13 Oktober 2014

Contoh Jadual Bertugas Imam dan Bilal di SRF

Ini merupakan contoh jadual bertugas Imam dan Bilal di Surau Raudhatul Firdaus.

Jadual Imam dan Bilal bertugas (13 hingga 19 Oktober 2014) untuk Subuh, Maghrib dan Isyak. (Zohor dan Asar umum kerana yang bertugas kebanyakannya bekerja).

Jadual ini tertakluk kepada perubahan jika terdapat perkara-perkara yang tidak dapat dielakkan.

Sabtu, 11 Oktober 2014

Jadual Kuliah dan Pengajian Oktober 2014

Sepanjang bulan Oktober 2014, pihak Surau Raudhatul Firdaus (SRF) Impian Murni, Saujana Impian, Kajang, Selangor mengadakan kuliah dan pengajian di surau ini.

Pihak SRF membuat beberapa penambahbaikan dari semasa ke semasa untuk Majlis Ilmu di surau ini selari dengan jawatankuasa yang baru dilantik pada hari Ahad, 7 September 2014.

Ahad, 5 Oktober 2014

Solat Sunat Aidiladha dan Ibadat Korban 2014

Tarikh hari ini ialah 10 Zulhijjah 1435 Hijrah bersamaan dengan hari Ahad, 5 Oktober 2014.

Pihak Surau Raudhatul Firdaus (SRF) Impian Murni, Saujana Impian, Kajang, Selangor telah mengadakan aktiviti Solat Sunat Aidiladha dan Ibadat Korban di SRF. Ia merupakan aktiviti kali pertama diadakan di sini sejak surau mula beroperasi pada hari Ahad, 22 Jun 2014.

Sebanyak empat ekor lembu telah dikorbankan. Ada juga ahli kariah yang mengadakan ibadat akikah daripada bahagian lembu-lembu tersebut.