Lot 15972, Jalan Impian Murni 3/4, Saujana Impian,
43000 Kajang, Selangor Darul Ehsan.

Ahad, 18 Januari 2015

Majlis Sambutan Maulidur Rasul 1436

Hari ini ialah hari Ahad, 27 Rabiu'l Awwal 1436 bersamaan dengan 18 Januari 2015.
Pada hari semalam (Sabtu, 26 Rabiu'l Awwal 1436 bersamaan dengan 17 Januari 2015), pihak Surau Raudhatul Firdaus (SRF) Impian Murni, Saujana Impian, Kajang, Selangor telah mengadakan Majlis Sambutan Maulidur Rasul 1436.

Sejak petang lagi, kaum muslimin dan muslimat telah mula berkumpul di Jalan Impian Murni 2. Perarakan Maulidur Rasul di adakan sebelum azan Maghrib. Ahli kariah dan jemaah surau berselawat serta berarak dari Jalan Impian Murni 2, Jalan Impian Murni 3/1, Jalan Impian Murni 3/3, Jalan Impian Murni 3/4 dan terus ke kawasan surau. 

Selepas solat Maghrib berjemaah, program dimulakan dengan kata-kata aluan daripada pengacara majlis. Ia diteruskan dengan ucapan selawat dan persembahan nasyid daripada jemaah SRF. Kemudian, Ceramah Khas Maulidur Rasul disampaikan oleh Ustaz Abu Hasan Ash'ari bin Zakaria. 

Apabila Ceramah Khas tamat, ahli-ahli SRF solat Isyak secara berjemaah dan menikmati jamuan yang disediakan sebelum pulang ke rumah masing-masing. Sekali lagi persembahan nasyid diadakan ketika jemaah surau menjamu selera.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan