Hari
ini ialah hari Sabtu, 14 Syaaban 1437 bersamaan dengan 21 Mei 2016. Wanita ISMA (Ikatan Muslimin Malaysia) Zon Kajang sebagai penganjur sedang mengadakan Seminar Fiqh Wanita Ramadhan: Amalan Terbaik dan Manfaat Dari Sudut Sains dan Kesihatan ketika ini (10:30 pagi) dengan kerjasama pihak Muslimat Surau Raudhatul Firdaus, Impian Murni, Saujana Impian,
Kajang, Selangor.
Seminar diadakan pagi ini di ruang solat utama. Ia dijangka akan tamat pada waktu tengah hari nanti.
Lot 15972, Jalan Impian Murni 3/4, Saujana Impian,
43000 Kajang, Selangor Darul Ehsan.
43000 Kajang, Selangor Darul Ehsan.
Sabtu, 21 Mei 2016
Sabtu, 14 Mei 2016
Majlis Perasmian dan dan Pelancaran Ihya' Ramadhan 1437
Hari
ini ialah hari Sabtu, 7 Syaaban 1437 bersamaan dengan 14 Mei 2016. Pihak Surau Raudhatul Firdaus, Impian Murni, Saujana Impian,
Kajang, Selangor sedang mengadakan Majlis Perasmian dan dan Pelancaran Ihya' Ramadhan 1437.
Majlis diadakan selepas solat Maghrib di Surau Raudhatul Firdaus dengan pelbagai aktiviti yang telah dirancang. Ustaz Umar bin Abdul Aziz sedang menyampaikan Ceramah Ihya' Ramadhan ketika ini (8:30 malam). Beliau merupakan Imam 2, Masjid al-Ikhlas, Seksyen 13, Shah Alam.

Sabtu, 7 Mei 2016
Forum Perdana Israk dan Mikraj 2016
Hari
ini ialah hari Sabtu, 29 Rejab 1437 bersamaan dengan 7 Mei 2016. Pihak Surau Raudhatul Firdaus, Impian Murni, Saujana Impian,
Kajang, Selangor dengan kerjasama badan-badan bukan kerajaan dan persatuan-persatuan penduduk sedang mengadakan Forum Perdana Israk dan Mikraj ketika ini (8:30 malam) bersempena Karnival Impian Murni 2016.
Forum diadakan malam ini di ruang solat utama oleh ahli-ahli panel daripada Ikatan Muslimin Malaysia dan Aman Palestin.
Forum diadakan malam ini di ruang solat utama oleh ahli-ahli panel daripada Ikatan Muslimin Malaysia dan Aman Palestin.
Ahad, 24 April 2016
Kursus Rawatan Islam April 2016
Hari
ini ialah hari Ahad, 16 Rejab 1437 bersamaan dengan 24 April 2016. Pihak Surau Raudhatul Firdaus, Impian Murni, Saujana Impian,
Kajang, Selangor telah mengadakan Kursus Rawatan Islam April 2016.
Ceramah disampaikan oleh Ustaz Azizul Basri. Program diadakan dari pagi hingga ke Zohor di ruang solat utama.
Ceramah disampaikan oleh Ustaz Azizul Basri. Program diadakan dari pagi hingga ke Zohor di ruang solat utama.
Ahad, 27 Mac 2016
Kuliah Maghrib 27032016
Hari
ini ialah hari Ahad, 18 Jamadil Akhir 1437 bersamaan dengan 27 Mac 2016. Pihak Surau Raudhatul Firdaus, Impian Murni, Saujana Impian,
Kajang, Selangor telah mengadakan Kuliah Maghrib (Ceramah Perdana Khas).
Kuliah Maghrib pada malam ini disampaikan oleh Pencetus Ummah (PU) Azihal Bangsawan. Beliau merupakan peserta PU Musim Kedua (2014), program realiti TV Astro Oasis. Beliau berasal dari Sabah.
Kuliah Maghrib pada malam ini disampaikan oleh Pencetus Ummah (PU) Azihal Bangsawan. Beliau merupakan peserta PU Musim Kedua (2014), program realiti TV Astro Oasis. Beliau berasal dari Sabah.
Isnin, 14 Mac 2016
Kem Motivasi Cuti Pertengahan Penggal 1 2016
Tarikh hari ini ialah 5 Jamadil Akhir 1437 bersamaan dengan hari Isnin, 14 Mac 2016. Pihak Surau Raudhatul Firdaus (SRF) Impian Murni, Saujana Impian, Kajang, Selangor sedang mengadakan Program Cuti Sekolah 2016. Kelas Hafazan Juz' Amma, Fardhu 'Ain dan Motivasi untuk kanak-kanak serta remaja.
Program ini dikendalikan oleh Imam SRF iaitu Ustaz Herizal bin Saifullah. Tempoh kem ini bermula hari ini hingga hari Jumaat, 18 Mac 2016 (9 Jamadil Akhir 1437). Masa diadakan program ini ialah mulai jam 8:00 hingga 11:00 pagi untuk kanak-kanak lelaki dan perempuan yang berumur 6 hingga 13 tahun. Sarapan untuk sesi pagi disediakan. Manakala bagi sesi petang, program ini ialah mulai jam 2:30 hingga 5:00 petang untuk remaja lelaki dan perempuan yang berumur 13 hingga 18 tahun.
Rabu, 9 Mac 2016
Solat Sunat Gerhana Matahari 2016
Hari ini ialah hari Rabu, 29 Jamadil Awwal 1437 bersamaan dengan 9 Mac 2016. Pihak Surau Raudhatul Firdaus (SRF) Impian Murni, Saujana Impian, Kajang, Selangor telah mengadakan Solat Sunat Gerhana Matahari di SRF pada waktu pagi.
Selepas solat sunat, para jemaah mendengar khutbah gerhana yang disampaikan oleh khatib di atas mimbar.
Selepas solat sunat, para jemaah mendengar khutbah gerhana yang disampaikan oleh khatib di atas mimbar.
Langgan:
Catatan (Atom)