Lot 15972, Jalan Impian Murni 3/4, Saujana Impian,
43000 Kajang, Selangor Darul Ehsan.

Khamis, 1 Disember 2016

Jadual Kuliah dan Pengajian Disember 2016

Sepanjang bulan Disember 2016, pihak Surau Raudhatul Firdaus (SRF) Impian Murni, Saujana Impian, Kajang, Selangor mengadakan kuliah dan pengajian di surau ini.

Pihak SRF membuat beberapa penambahbaikan dari semasa ke semasa untuk Majlis Ilmu di surau ini.

Isnin, 14 November 2016

Kuliah Maghrib Khas 14112016

Hari ini ialah hari Isnin, 14 Safar 1438 bersamaan dengan 14 November 2016. Pihak Surau Raudhatul Firdaus, Impian Murni, Saujana Impian, Kajang, Selangor telah mengadakan Kuliah Maghrib Khas.

Kuliah Maghrib Khas pada malam ini disampaikan oleh Pencetus Ummah (PU) Azihal Bangsawan. Beliau merupakan peserta PU Musim Kedua (2014), program realiti TV Astro Oasis. Beliau berasal dari Sabah.

Bagi yang berhajat untuk menyumbang kepada Pusat Pengajian Darul Hasanah, salurkan sumbangan anda ke akaun Bank Islam Malaysia Berhad (BIMB). Nombor Akaun: 12300010001568.

Ahad, 23 Oktober 2016

Mesyuarat Agung SRF Kali Ketiga

Surau Raudhatul Firdaus (SRF) Impian Murni, Saujana Impian, Kajang, Selangor sedang mengadakan Mesyuarat Agung Kali Ketiga pada pagi ini (Ahad, 23 Oktober 2016) di ruang solat dalam surau. 

Ahli-ahli jawatankuasa SRF sesi 2017/ 2019 dipilih seperti yang telah diarahkan oleh pihak Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS). Beberapa orang wakil daripada pihak JAIS turut datang memantau pemilihan jawatankuasa pada pagi ini.

Isnin, 12 September 2016

Solat Sunat Aidiladha dan Ibadat Korban 2016

Tarikh hari ini ialah 10 Zulhijjah 1437 Hijrah bersamaan dengan hari Isnin, 12 September 2016.

Pihak Surau Raudhatul Firdaus (SRF) Impian Murni, Saujana Impian, Kajang, Selangor telah mengadakan aktiviti Solat Sunat Aidiladha dan Ibadat Korban di SRF. Ia merupakan aktiviti korban tahun ketiga diadakan di sini sejak surau mula beroperasi pada hari Ahad, 22 Jun 2014.

Sabtu, 6 Ogos 2016

Tahsin Surah al-Fatihah (Muslimat)

Pakej Wanita. 
Tahsin Surah al-Fatihah (Ijazah Sanad). 
Sabtu, 6 Ogos 2016. Jam 10:00 hingga 11:00 pagi. 
Bertempat di Surau Raudhatul Firdaus. 
Untuk Muslimat sahaja.

Rabu, 3 Ogos 2016

Antara Wasiat Luqman al-Hakim

وَإِذْ قَالَ لُقْمَانُ لِابْنِهِ وَهُوَ يَعِظُهُ يَا بُنَيَّ لَا تُشْرِكْ بِاللَّهِ ۖ إِنَّ الشِّرْكَ لَظُلْمٌ عَظِيمٌ

Dan (ingatlah) ketika Luqman berkata kepada anaknya, semasa ia memberi nasihat kepadanya:" Wahai anak kesayanganku, janganlah engkau mempersekutukan Allah (dengan sesuatu yang lain), sesungguhnya perbuatan syirik itu adalah satu kezaliman yang besar". (Surah Luqman: Ayat 13).

وَوَصَّيْنَا الْإِنسَانَ بِوَالِدَيْهِ حَمَلَتْهُ أُمُّهُ وَهْنًا عَلَىٰ وَهْنٍ وَفِصَالُهُ فِي عَامَيْنِ أَنِ اشْكُرْ لِي وَلِوَالِدَيْكَ إِلَيَّ الْمَصِيرُ

Dan Kami wajibkan manusia berbuat baik kepada kedua ibu bapanya; ibunya telah mengandungnya dengan menanggung kelemahan demi kelemahan (dari awal mengandung hingga akhir menyusunya), dan tempoh menceraikan susunya ialah dalam masa dua tahun; (dengan yang demikian) bersyukurlah kepadaKu dan kepada kedua ibubapamu; dan (ingatlah), kepada Akulah jua tempat kembali (untuk menerima balasan). (Surah Luqman: Ayat 14).

وَالَّذِينَ يَقُولُونَ رَبَّنَا هَبْ لَنَا مِنْ أَزْوَاجِنَا وَذُرِّيَّاتِنَا قُرَّةَ أَعْيُنٍ وَاجْعَلْنَا لِلْمُتَّقِينَ إِمَامًا

Dan juga mereka (yang diredhai Allah itu ialah orang-orang) yang berdoa dengan berkata: "Wahai Tuhan kami, berilah kami beroleh dari isteri-isteri dan zuriat keturunan kami: perkara-perkara yang menyukakan hati melihatnya, dan jadikanlah kami imam ikutan bagi orang-orang yang (mahu) bertaqwa. (Surah al-Furqan: Ayat 74).


1. Hai anakku! Ketahuilah sesungguhnya dunia laksana lautan yang dalam, banyak manusia yang karam ke dalamnya. Kalau engkau ingin selamat, supaya jangan karam, layarilah dia dengan sampan yang bernama taqwa, isinya ialah iman dan layarnya ialah tawakal kepada Allah.

2. Orang-orang yang selalu menyediakan dirinya untuk menerima nasihat maka dirinya akan mendapat penjagaan daripada Allah, orang yang biasa dirinya insaf dan sabar kerana menerima nasihat orang lain, tandanya orang itu akan sentiasa menerima kemuliaan daripada Allah, berasa hina diri dalam beribadat dan bertaat kepada Allah Ta'ala akan menimbulkan rasa lebih dekat kepada Allah dan lebih menghindarkan diri kepada maksiat.

3. Marahnya orang tua dalam mendidik anaknya, tak ubahnya seperti pupuk bagi tanam-tanaman.

4. Hai anakku! Jauhkanlah dirimu daripada berhutang sesungguhnya berhutang itu menjadikan dirimu hina di waktu siang dan gelisah di waktu malam.

5. Hai anakku! Selalulah berharap kepada Allah harapan-harapan yang hasilnya tidak akan membawa engkau untuk menderhakai Allah, takutlah kepada Allah dengan sebenar takut yang biasa melapaskan engkau daripada sifat berputus asa terhadap rahmat Allah.

6. Seorang pendusta lekas hilang air mukanya (tak dipercayai orang) dan seorang yang sudah rosak akhlaknya akan banyak gelamunnya terhadap yang salah-salah, memindahkan batu yang besar lagi berat dari tempatnya ke tempat yang lain, lebih mudah daripada memberi pengertian kepada orang yang tidak mahu mengerti.

7. Hai anakku! Engkau sudah merasakan bagaimana beratnya membawa batu yang besar, besi yang berat dan lain-lain yang sangat beratnya, tapi akan lebih berat lagi dari itu, bila mempunyai tetangga yang jahat, engkau telah merasakan bermacam-macam kepahitan tapi akan terasa lebih pahit lagi bila hidup dalam keadaan fakir dan miskin.

8. Hai anakku! Engkau jauhilah bersifat dusta, sebab berdusta itu enak sekali mengerjakannya, seperti enaknya memakan daging burung, sedikit saja berdusta, akibatnya tetap akan memberi bahaya.

9. Hai anakku! Kalau bertemu dua kejadian, antara menjenguk orang mati dengan menghadiri pesta kahwin maka pergilah menjenguk orang mati, sebab akan mengingati diri pulang ke kampung akhirat, sedang menghadiri pesta kahwin hanya mengingati diri kepada kesenangan duniawi saja.

10. Hai anakku! Janganlah engaku makan sampai kenyang yang berlebih-lebihan. Sesungguhnya memberikan makanan yang engkau makan sampai kenyang berlebih-lebihan itu kepada seekor anjing adalah lebih baik daripada engkau memakannya.

Ahad, 24 Julai 2016

Majlis Sambutan Aidilfitri 1437 @ 2016

Hari ini ialah hari Ahad, 19 Syawwal 1437 bersamaan dengan 24 Julai 2016. Pihak Surau Raudhatul Firdaus, Impian Murni, Saujana Impian, Kajang, Selangor sedang mengadakan Majlis Sambutan Aidilfitri 1437 @ 2016.

Majlis diadakan selepas solat Maghrib dengan ucapan pengacara majlis, bacaan doa' dan ucapan pengerusi surau. Seorang Imam dari Palestin dan seorang penterjemah sedang menyampaikan kuliah Maghrib ketika ini (8:30 malam).

Atur cara majlis selepas ini ialah solat Isyak, jamuan dan bersurai.