Lot 15972, Jalan Impian Murni 3/4, Saujana Impian,
43000 Kajang, Selangor Darul Ehsan.

Sabtu, 27 Jun 2020

Penangguhan Ibadah Korban Di SRF Bagi Tahun 1441 (2020)


Hari ini, hari Sabtu, 5 Zulkaedah 1441 (27 Jun 2020). Bahang Aidiladha kian terasa kerana bulan depan ialah bulan Zulhijjah 1441. Umat Islam akan menyambut Hari Raya Korban pada 10, 11, 12, 13 dan 14 Zulhijjah 1441. Bagi SRF sendiri, sambutan Aidiladha bukanlah sesuatu yang asing malah merupakan program tahunan yang berjaya disambut dengan meriahnya.

Setelah berbincang secara lumat dan panjang lebar dalam kalangan Ahli Jawatan Kuasa (AJK) SRF berpandukan nasihat pihak berwajib serta prosedur operasi yang dikeluarkan, maka DUKACITA dimaklumkan bahawa PROGRAM IBADAH KORBAN 2020 DITANGGUHKAN.

Kami dalam AJK sedar, ianya bukan sesuatu keputusan yang mudah. Namun, berpandukan semua perkara termasuk KEMPEN PENJARAKAN SOSIAL yang sangat dititik beratkan, maka kami terpaksa akur untuk menangguhkan program ibadah korban pada tahun ini.

SRF sedang menjalankan kerja-kerja pemulihan bumbung dan kemudahan asas yang penting. Maka, AJK SRF menyeru agar semua terus berkorban dengan membantu dan menyalurkan sumbangan ke dalam akaun SRF agar kerja-kerja pemulihan dapat diselesaikan sebelum surau dibuka kepada semua ahli kariah.

Maybank di atas nama SURAU RAUDHATUL FIRDAUS, 562021620066.

Kami sangat berbesar hati dan dahului dengan ucapan jutaan terima kasih. Kami mendoakan agar kita semua dimurahkan rezeki dan dirahmati Allah S.W.T.

Terima kasih.
SRF.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan