Lot 15972, Jalan Impian Murni 3/4, Saujana Impian,
43000 Kajang, Selangor Darul Ehsan.

Jumaat, 29 Januari 2016

Solat Jumaat Kali Ke-44 di SRF

Hari ini ialah hari Jumaat, 19 Rabiu'l Akhir 1437 bersamaan dengan 29 Januari 2016. Pihak Surau Raudhatul Firdaus (SRF) Impian Murni, Saujana Impian, Kajang, Selangor telah mengadakan Solat Jumaat Kali Ke-44 di SRF.

Pihak SRF telah mengadakan Solat Jumaat Kali Pertama pada 3 April 2015 (13 Jamadil Akhir 1436).

Antara isi khutbah yang disediakan oleh pihak Jabatan Agama Islam Selangor dan disampaikan oleh Ustaz Norjeehan bin Ahmad Mustapa pada Solat Jumaat Kali Ke-44 ini adalah seperti berikut.

Hadirin yang dirahmati Allah sekalian. Saya berpesan kepada diri saya dan sidang Jumaat sekalian marilah sama-sama kita meningkatkan darjat ketakwaan kepada Allah S.W.T. dengan bersungguh-sungguh, melaksanakan segala perintah-Nya dan meninggalkan segala larangan-Nya. 

Mimbar Jumaat pada hari ini ingin mengajak jemaah untuk menghayati khutbah yang bertajuk “BAGAI KETAM MENGAJAR ANAKNYA BERJALAN BETUL ”.

Hadirin yang dirahmati Allah sekalian. Ibu bapa merupakan agen pembentukan peribadi mulia anak-anak. Amat membimbangkan kita remaja kini sering melibatkan diri dalam masalah sosial yang telah mencetuskan isu polemik dalam media massa yang saban hari meniti dari bibir ke bibir. Siapakah yang harus dipersalahkan dalam hal ini? 

Sidang Jumaat yang dirahmati Allah. Tugas ibu bapa ialah tugas profesional yang perlu digarap dengan ilmu, kemahiran dan sikap yang baik. Seseorang tidak boleh dianggap sebagai guru sekiranya dia tidak mempunyai kelulusan dan kemahiran dalam bidang perguruan. Maka begitulah juga ibu bapa, tidak boleh dianggap sebagai ibu bapa yang sempurna sekiranya dia gagal mempunyai ilmu, kemahiran dan sikap yang seiring dengan perkembangan semasa yang bertepatan dengan kehendak al-Qur'an dan as-Sunnah.

Khamis, 21 Januari 2016

Mesyuarat Jawatankuasa SRF Kali Keempat Sesi 2014/ 2016

Surau Raudhatul Firdaus (SRF) Impian Murni, Saujana Impian, Kajang, Selangor telah mengadakan Mesyuarat Jawatankuasa SRF Kali Keempat Sesi 2014/ 2016 pada malam ini (Khamis, 21 Januari 2016) jam 9:15 malam hingga 10:50 malam di ruang solat dalam surau.

Antara perkara-perkara yang dibincangkan ialah berkenaan laporan kewangan, Imam solat fardhu sepenuh masa, perancangan aktiviti surau tahun 2016 dan lain-lain lagi.

Sabtu, 16 Januari 2016

Kuliah Maghrib 16012016

Hari ini ialah hari Sabtu, 6 Rabiu'l Akhir 1437 bersamaan dengan 16 Januari 2016. Pihak Surau Raudhatul Firdaus, Impian Murni, Saujana Impian, Kajang, Selangor telah mengadakan Kuliah Maghrib seperti hari-hari yang lain sepanjang tahun.

Kuliah Maghrib pada malam ini disampaikan oleh Ustaz Zamri bin Zainal Abidin yang merupakan bekas penyampai Radio IKIM FM (Pilihan Utama Anda). IKIM ialah Institut Kefahaman Islam Malaysia. Beliau sekarang bertugas sebagai Pengurus Umrah di EZ Kembara Sdn Bhd.

Ahad, 10 Januari 2016

Karnival Kesedaran Keselamatan, Kesihatan dan Kejiranan 2016

Hari ini ialah hari Ahad, 29 Rabiu'l Awwal 1437 bersamaan dengan 10 Januari 2016. Pihak Persatuan Penduduk dan Surau Raudhatul Firdaus, Impian Murni, Saujana Impian, Kajang, Selangor telah mengadakan Karnival Kesedaran Keselamatan, Kesihatan dan Kejiranan 2016 di perkarangan surau mulai jam 9:00 pagi hingga 5:00 petang.

Acara-acara menarik yang telah diadakan pada hari ini ialah ceramah, pameran keselamatan daripada pihak Polis Diraja Malaysia serta Majlis Perbandaran Kajang, pemeriksaan kesihatan percuma, gerai-gerai jualan, pertandingan mewarna untuk kanak-kanak di ruang legar surau dan lain-lain lagi.

Sabtu, 9 Januari 2016

Majlis Sambutan Maulidur Rasul 1437

Hari ini ialah hari Sabtu, 28 Rabiu'l Awwal 1437 bersamaan dengan 9 Januari 2016. Pihak Surau Raudhatul Firdaus (SRF), Impian Murni, Saujana Impian, Kajang, Selangor telah mengadakan Majlis Sambutan Maulidur Rasul 1437 di SRF.

Selepas solat Maghrib berjemaah, program dimulakan dengan selawat dan ucapan-ucapan. Ia diteruskan dengan Kuliah Umum Maulidur Rasul disampaikan oleh Dr Danial Zainal Abidin.

Apabila Kuliah Umum tamat, ahli-ahli SRF solat Isyak secara berjemaah dan menikmati jamuan yang disediakan sebelum pulang ke rumah masing-masing.

Jumaat, 1 Januari 2016

Solat Jumaat Kali Ke-40 di SRF

Hari ini ialah hari Jumaat, 20 Rabiu'l Awwal 1437 bersamaan dengan 1 Januari 2016. Pihak Surau Raudhatul Firdaus (SRF), Impian Murni, Saujana Impian, Kajang, Selangor telah mengadakan Solat Jumaat Kali Ke-40 di SRF.

Pihak SRF telah mengadakan Solat Jumaat Kali Pertama pada 3 April 2015 (13 Jamadil Akhir 1436).

Sebelum azan Jumaat dilaungkan, Ustaz Hisham bin Zakaria (penceramah jemputan) menyampaikan tazkirah berkenaan solat Jumaat. Beliau juga menyampaikan khutbah Jumaat berkenaan pesanan takwa yang disampaikan setiap minggu oleh khatib di mimbar Jumaat.