Lot 15972, Jalan Impian Murni 3/4, Saujana Impian,
43000 Kajang, Selangor Darul Ehsan.

Khamis, 1 Disember 2016

Jadual Kuliah dan Pengajian Disember 2016

Sepanjang bulan Disember 2016, pihak Surau Raudhatul Firdaus (SRF) Impian Murni, Saujana Impian, Kajang, Selangor mengadakan kuliah dan pengajian di surau ini.

Pihak SRF membuat beberapa penambahbaikan dari semasa ke semasa untuk Majlis Ilmu di surau ini.

Isnin, 14 November 2016

Kuliah Maghrib Khas 14112016

Hari ini ialah hari Isnin, 14 Safar 1438 bersamaan dengan 14 November 2016. Pihak Surau Raudhatul Firdaus, Impian Murni, Saujana Impian, Kajang, Selangor telah mengadakan Kuliah Maghrib Khas.

Kuliah Maghrib Khas pada malam ini disampaikan oleh Pencetus Ummah (PU) Azihal Bangsawan. Beliau merupakan peserta PU Musim Kedua (2014), program realiti TV Astro Oasis. Beliau berasal dari Sabah.

Bagi yang berhajat untuk menyumbang kepada Pusat Pengajian Darul Hasanah, salurkan sumbangan anda ke akaun Bank Islam Malaysia Berhad (BIMB). Nombor Akaun: 12300010001568.

Ahad, 23 Oktober 2016

Mesyuarat Agung SRF Kali Ketiga

Surau Raudhatul Firdaus (SRF) Impian Murni, Saujana Impian, Kajang, Selangor sedang mengadakan Mesyuarat Agung Kali Ketiga pada pagi ini (Ahad, 23 Oktober 2016) di ruang solat dalam surau. 

Ahli-ahli jawatankuasa SRF sesi 2017/ 2019 dipilih seperti yang telah diarahkan oleh pihak Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS). Beberapa orang wakil daripada pihak JAIS turut datang memantau pemilihan jawatankuasa pada pagi ini.

Isnin, 12 September 2016

Solat Sunat Aidiladha dan Ibadat Korban 2016

Tarikh hari ini ialah 10 Zulhijjah 1437 Hijrah bersamaan dengan hari Isnin, 12 September 2016.

Pihak Surau Raudhatul Firdaus (SRF) Impian Murni, Saujana Impian, Kajang, Selangor telah mengadakan aktiviti Solat Sunat Aidiladha dan Ibadat Korban di SRF. Ia merupakan aktiviti korban tahun ketiga diadakan di sini sejak surau mula beroperasi pada hari Ahad, 22 Jun 2014.

Sabtu, 6 Ogos 2016

Tahsin Surah al-Fatihah (Muslimat)

Pakej Wanita. 
Tahsin Surah al-Fatihah (Ijazah Sanad). 
Sabtu, 6 Ogos 2016. Jam 10:00 hingga 11:00 pagi. 
Bertempat di Surau Raudhatul Firdaus. 
Untuk Muslimat sahaja.

Rabu, 3 Ogos 2016

Antara Wasiat Luqman al-Hakim

وَإِذْ قَالَ لُقْمَانُ لِابْنِهِ وَهُوَ يَعِظُهُ يَا بُنَيَّ لَا تُشْرِكْ بِاللَّهِ ۖ إِنَّ الشِّرْكَ لَظُلْمٌ عَظِيمٌ

Dan (ingatlah) ketika Luqman berkata kepada anaknya, semasa ia memberi nasihat kepadanya:" Wahai anak kesayanganku, janganlah engkau mempersekutukan Allah (dengan sesuatu yang lain), sesungguhnya perbuatan syirik itu adalah satu kezaliman yang besar". (Surah Luqman: Ayat 13).

وَوَصَّيْنَا الْإِنسَانَ بِوَالِدَيْهِ حَمَلَتْهُ أُمُّهُ وَهْنًا عَلَىٰ وَهْنٍ وَفِصَالُهُ فِي عَامَيْنِ أَنِ اشْكُرْ لِي وَلِوَالِدَيْكَ إِلَيَّ الْمَصِيرُ

Dan Kami wajibkan manusia berbuat baik kepada kedua ibu bapanya; ibunya telah mengandungnya dengan menanggung kelemahan demi kelemahan (dari awal mengandung hingga akhir menyusunya), dan tempoh menceraikan susunya ialah dalam masa dua tahun; (dengan yang demikian) bersyukurlah kepadaKu dan kepada kedua ibubapamu; dan (ingatlah), kepada Akulah jua tempat kembali (untuk menerima balasan). (Surah Luqman: Ayat 14).

وَالَّذِينَ يَقُولُونَ رَبَّنَا هَبْ لَنَا مِنْ أَزْوَاجِنَا وَذُرِّيَّاتِنَا قُرَّةَ أَعْيُنٍ وَاجْعَلْنَا لِلْمُتَّقِينَ إِمَامًا

Dan juga mereka (yang diredhai Allah itu ialah orang-orang) yang berdoa dengan berkata: "Wahai Tuhan kami, berilah kami beroleh dari isteri-isteri dan zuriat keturunan kami: perkara-perkara yang menyukakan hati melihatnya, dan jadikanlah kami imam ikutan bagi orang-orang yang (mahu) bertaqwa. (Surah al-Furqan: Ayat 74).


1. Hai anakku! Ketahuilah sesungguhnya dunia laksana lautan yang dalam, banyak manusia yang karam ke dalamnya. Kalau engkau ingin selamat, supaya jangan karam, layarilah dia dengan sampan yang bernama taqwa, isinya ialah iman dan layarnya ialah tawakal kepada Allah.

2. Orang-orang yang selalu menyediakan dirinya untuk menerima nasihat maka dirinya akan mendapat penjagaan daripada Allah, orang yang biasa dirinya insaf dan sabar kerana menerima nasihat orang lain, tandanya orang itu akan sentiasa menerima kemuliaan daripada Allah, berasa hina diri dalam beribadat dan bertaat kepada Allah Ta'ala akan menimbulkan rasa lebih dekat kepada Allah dan lebih menghindarkan diri kepada maksiat.

3. Marahnya orang tua dalam mendidik anaknya, tak ubahnya seperti pupuk bagi tanam-tanaman.

4. Hai anakku! Jauhkanlah dirimu daripada berhutang sesungguhnya berhutang itu menjadikan dirimu hina di waktu siang dan gelisah di waktu malam.

5. Hai anakku! Selalulah berharap kepada Allah harapan-harapan yang hasilnya tidak akan membawa engkau untuk menderhakai Allah, takutlah kepada Allah dengan sebenar takut yang biasa melapaskan engkau daripada sifat berputus asa terhadap rahmat Allah.

6. Seorang pendusta lekas hilang air mukanya (tak dipercayai orang) dan seorang yang sudah rosak akhlaknya akan banyak gelamunnya terhadap yang salah-salah, memindahkan batu yang besar lagi berat dari tempatnya ke tempat yang lain, lebih mudah daripada memberi pengertian kepada orang yang tidak mahu mengerti.

7. Hai anakku! Engkau sudah merasakan bagaimana beratnya membawa batu yang besar, besi yang berat dan lain-lain yang sangat beratnya, tapi akan lebih berat lagi dari itu, bila mempunyai tetangga yang jahat, engkau telah merasakan bermacam-macam kepahitan tapi akan terasa lebih pahit lagi bila hidup dalam keadaan fakir dan miskin.

8. Hai anakku! Engkau jauhilah bersifat dusta, sebab berdusta itu enak sekali mengerjakannya, seperti enaknya memakan daging burung, sedikit saja berdusta, akibatnya tetap akan memberi bahaya.

9. Hai anakku! Kalau bertemu dua kejadian, antara menjenguk orang mati dengan menghadiri pesta kahwin maka pergilah menjenguk orang mati, sebab akan mengingati diri pulang ke kampung akhirat, sedang menghadiri pesta kahwin hanya mengingati diri kepada kesenangan duniawi saja.

10. Hai anakku! Janganlah engaku makan sampai kenyang yang berlebih-lebihan. Sesungguhnya memberikan makanan yang engkau makan sampai kenyang berlebih-lebihan itu kepada seekor anjing adalah lebih baik daripada engkau memakannya.

Ahad, 24 Julai 2016

Majlis Sambutan Aidilfitri 1437 @ 2016

Hari ini ialah hari Ahad, 19 Syawwal 1437 bersamaan dengan 24 Julai 2016. Pihak Surau Raudhatul Firdaus, Impian Murni, Saujana Impian, Kajang, Selangor sedang mengadakan Majlis Sambutan Aidilfitri 1437 @ 2016.

Majlis diadakan selepas solat Maghrib dengan ucapan pengacara majlis, bacaan doa' dan ucapan pengerusi surau. Seorang Imam dari Palestin dan seorang penterjemah sedang menyampaikan kuliah Maghrib ketika ini (8:30 malam).

Atur cara majlis selepas ini ialah solat Isyak, jamuan dan bersurai.

Ahad, 5 Jun 2016

Malam 1 Ramadhan 1437

Hari ini ialah hari Ahad, 29 Syaaban 1437 bersamaan dengan 5 Jun 2016. Masuk waktu Maghrib tadi, maka tarikh telah menjadi 1 Ramadhan 1437.

Pihak Surau Raudhatul Firdaus, Impian Murni, Saujana Impian, Kajang, Selangor telah mula mengadakan Solat Sunat Tarawih serta Witir sebanyak lapan rakaat dan tiga rakaat kerana pada malam ini merupakan malam 1 Ramadhan 1437.

Sabtu, 21 Mei 2016

Seminar Fiqh Wanita Ramadhan 2016

Hari ini ialah hari Sabtu, 14 Syaaban 1437 bersamaan dengan 21 Mei 2016. Wanita ISMA (Ikatan Muslimin Malaysia) Zon Kajang sebagai penganjur sedang mengadakan Seminar Fiqh Wanita Ramadhan: Amalan Terbaik dan Manfaat Dari Sudut Sains dan Kesihatan ketika ini (10:30 pagi) dengan kerjasama pihak Muslimat Surau Raudhatul Firdaus, Impian Murni, Saujana Impian, Kajang, Selangor.

Seminar diadakan pagi ini di ruang solat utama. Ia dijangka akan tamat pada waktu tengah hari nanti.

Sabtu, 14 Mei 2016

Majlis Perasmian dan dan Pelancaran Ihya' Ramadhan 1437

Hari ini ialah hari Sabtu, 7 Syaaban 1437 bersamaan dengan 14 Mei 2016. Pihak Surau Raudhatul Firdaus, Impian Murni, Saujana Impian, Kajang, Selangor sedang mengadakan Majlis Perasmian dan dan Pelancaran Ihya' Ramadhan 1437.
 
Majlis diadakan selepas solat Maghrib di Surau Raudhatul Firdaus dengan pelbagai aktiviti yang telah dirancang. Ustaz Umar bin Abdul Aziz sedang menyampaikan Ceramah Ihya' Ramadhan ketika ini (8:30 malam). Beliau merupakan Imam 2, Masjid al-Ikhlas, Seksyen 13, Shah Alam.

Sabtu, 7 Mei 2016

Forum Perdana Israk dan Mikraj 2016

Hari ini ialah hari Sabtu, 29 Rejab 1437 bersamaan dengan 7 Mei 2016. Pihak Surau Raudhatul Firdaus, Impian Murni, Saujana Impian, Kajang, Selangor dengan kerjasama badan-badan bukan kerajaan dan persatuan-persatuan penduduk sedang mengadakan Forum Perdana Israk dan Mikraj ketika ini (8:30 malam) bersempena Karnival Impian Murni 2016.
 
Forum diadakan malam ini di ruang solat utama oleh ahli-ahli panel daripada Ikatan Muslimin Malaysia dan Aman Palestin.

Ahad, 24 April 2016

Kursus Rawatan Islam April 2016

Hari ini ialah hari Ahad, 16 Rejab 1437 bersamaan dengan 24 April 2016. Pihak Surau Raudhatul Firdaus, Impian Murni, Saujana Impian, Kajang, Selangor telah mengadakan Kursus Rawatan Islam April 2016.

Ceramah disampaikan oleh Ustaz Azizul Basri. Program diadakan dari pagi hingga ke Zohor di ruang solat utama.

Ahad, 27 Mac 2016

Kuliah Maghrib 27032016

Hari ini ialah hari Ahad, 18 Jamadil Akhir 1437 bersamaan dengan 27 Mac 2016. Pihak Surau Raudhatul Firdaus, Impian Murni, Saujana Impian, Kajang, Selangor telah mengadakan Kuliah Maghrib (Ceramah Perdana Khas).

Kuliah Maghrib pada malam ini disampaikan oleh Pencetus Ummah (PU) Azihal Bangsawan. Beliau merupakan peserta PU Musim Kedua (2014), program realiti TV Astro Oasis. Beliau berasal dari Sabah.

Isnin, 14 Mac 2016

Kem Motivasi Cuti Pertengahan Penggal 1 2016

Tarikh hari ini ialah 5 Jamadil Akhir 1437 bersamaan dengan hari Isnin, 14 Mac 2016. Pihak Surau Raudhatul Firdaus (SRF) Impian Murni, Saujana Impian, Kajang, Selangor sedang mengadakan Program Cuti Sekolah 2016. Kelas Hafazan Juz' Amma, Fardhu 'Ain dan Motivasi untuk kanak-kanak serta remaja.

Program ini dikendalikan oleh Imam SRF iaitu Ustaz Herizal bin Saifullah. Tempoh kem ini bermula hari ini hingga hari Jumaat, 18 Mac 2016 (9 Jamadil Akhir 1437). Masa diadakan program ini ialah mulai jam 8:00 hingga 11:00 pagi untuk kanak-kanak lelaki dan perempuan yang berumur 6 hingga 13 tahun. Sarapan untuk sesi pagi disediakan. Manakala bagi sesi petang, program ini ialah mulai jam 2:30 hingga 5:00 petang untuk remaja lelaki dan perempuan yang berumur 13 hingga 18 tahun.

Rabu, 9 Mac 2016

Solat Sunat Gerhana Matahari 2016

Hari ini ialah hari Rabu, 29 Jamadil Awwal 1437 bersamaan dengan 9 Mac 2016. Pihak Surau Raudhatul Firdaus (SRF) Impian Murni, Saujana Impian, Kajang, Selangor telah mengadakan Solat Sunat Gerhana Matahari di SRF pada waktu pagi.

Selepas solat sunat, para jemaah mendengar khutbah gerhana yang disampaikan oleh khatib di atas mimbar.

Jumaat, 26 Februari 2016

Solat Jumaat Kali Ke-48 di SRF

Hari ini ialah hari Jumaat, 17 Jamadil Awwal 1437 bersamaan dengan 26 Februari 2016. Pihak Surau Raudhatul Firdaus (SRF) Impian Murni, Saujana Impian, Kajang, Selangor telah mengadakan Solat Jumaat Kali Ke-48 di SRF.

Pihak SRF telah mengadakan Solat Jumaat Kali Pertama pada 3 April 2015 (13 Jamadil Akhir 1436).

Antara isi khutbah yang disediakan oleh pihak Jabatan Agama Islam Selangor dan disampaikan oleh Ustaz Norjeehan bin Ahmad Mustapa pada Solat Jumaat Kali Ke-48 ini adalah seperti berikut.

Sidang Jumaat yang yang dirahmati Allah sekalian. Saya berpesan kepada diri saya dan menyeru muslimin yang dikasihi sekalian, marilah kita tingkatkan keimanan dan ketakwaan kepada Allah S.W.T. dengan mematuhi dan melaksanakan segala perintah-Nya dan menjauhi setiap larangan-Nya. Semoga kita sentiasa berada di landasan akidah yang betul dan tidak terpaut dengan golongan yang sesat lagi menyesatkan.

Mimbar Jumaat pada hari ini akan menyampaikan khutbah bertajuk “FAHAMAN LIBERAL PEROSAK AKIDAH”.

Hadirin yang dirahmati Allah S.W.T. sekalian. Liberalisme adalah satu fahaman yang menuntut kebebasan berfikir tanpa batasan dan menolak prinsip kebenaran agama Islam serta mengambil jalan mudah dalam beragama.

Melalui fahaman liberal ini, pemikiran umat Islam diadun dengan acuan kebebasan tanpa batasan iaitu bebas melakukan apa sahaja tanpa sekatan, kongkongan atau diskriminasi yang dianggap sebagai kebebasan asasi. Sekiranya disekat, dihalang atau didakwa, maka golongan ini dengan pantas mencanang satu dunia bahawa hak kebebasan mereka telah dicabuli.

Jumaat, 29 Januari 2016

Solat Jumaat Kali Ke-44 di SRF

Hari ini ialah hari Jumaat, 19 Rabiu'l Akhir 1437 bersamaan dengan 29 Januari 2016. Pihak Surau Raudhatul Firdaus (SRF) Impian Murni, Saujana Impian, Kajang, Selangor telah mengadakan Solat Jumaat Kali Ke-44 di SRF.

Pihak SRF telah mengadakan Solat Jumaat Kali Pertama pada 3 April 2015 (13 Jamadil Akhir 1436).

Antara isi khutbah yang disediakan oleh pihak Jabatan Agama Islam Selangor dan disampaikan oleh Ustaz Norjeehan bin Ahmad Mustapa pada Solat Jumaat Kali Ke-44 ini adalah seperti berikut.

Hadirin yang dirahmati Allah sekalian. Saya berpesan kepada diri saya dan sidang Jumaat sekalian marilah sama-sama kita meningkatkan darjat ketakwaan kepada Allah S.W.T. dengan bersungguh-sungguh, melaksanakan segala perintah-Nya dan meninggalkan segala larangan-Nya. 

Mimbar Jumaat pada hari ini ingin mengajak jemaah untuk menghayati khutbah yang bertajuk “BAGAI KETAM MENGAJAR ANAKNYA BERJALAN BETUL ”.

Hadirin yang dirahmati Allah sekalian. Ibu bapa merupakan agen pembentukan peribadi mulia anak-anak. Amat membimbangkan kita remaja kini sering melibatkan diri dalam masalah sosial yang telah mencetuskan isu polemik dalam media massa yang saban hari meniti dari bibir ke bibir. Siapakah yang harus dipersalahkan dalam hal ini? 

Sidang Jumaat yang dirahmati Allah. Tugas ibu bapa ialah tugas profesional yang perlu digarap dengan ilmu, kemahiran dan sikap yang baik. Seseorang tidak boleh dianggap sebagai guru sekiranya dia tidak mempunyai kelulusan dan kemahiran dalam bidang perguruan. Maka begitulah juga ibu bapa, tidak boleh dianggap sebagai ibu bapa yang sempurna sekiranya dia gagal mempunyai ilmu, kemahiran dan sikap yang seiring dengan perkembangan semasa yang bertepatan dengan kehendak al-Qur'an dan as-Sunnah.

Khamis, 21 Januari 2016

Mesyuarat Jawatankuasa SRF Kali Keempat Sesi 2014/ 2016

Surau Raudhatul Firdaus (SRF) Impian Murni, Saujana Impian, Kajang, Selangor telah mengadakan Mesyuarat Jawatankuasa SRF Kali Keempat Sesi 2014/ 2016 pada malam ini (Khamis, 21 Januari 2016) jam 9:15 malam hingga 10:50 malam di ruang solat dalam surau.

Antara perkara-perkara yang dibincangkan ialah berkenaan laporan kewangan, Imam solat fardhu sepenuh masa, perancangan aktiviti surau tahun 2016 dan lain-lain lagi.

Sabtu, 16 Januari 2016

Kuliah Maghrib 16012016

Hari ini ialah hari Sabtu, 6 Rabiu'l Akhir 1437 bersamaan dengan 16 Januari 2016. Pihak Surau Raudhatul Firdaus, Impian Murni, Saujana Impian, Kajang, Selangor telah mengadakan Kuliah Maghrib seperti hari-hari yang lain sepanjang tahun.

Kuliah Maghrib pada malam ini disampaikan oleh Ustaz Zamri bin Zainal Abidin yang merupakan bekas penyampai Radio IKIM FM (Pilihan Utama Anda). IKIM ialah Institut Kefahaman Islam Malaysia. Beliau sekarang bertugas sebagai Pengurus Umrah di EZ Kembara Sdn Bhd.

Ahad, 10 Januari 2016

Karnival Kesedaran Keselamatan, Kesihatan dan Kejiranan 2016

Hari ini ialah hari Ahad, 29 Rabiu'l Awwal 1437 bersamaan dengan 10 Januari 2016. Pihak Persatuan Penduduk dan Surau Raudhatul Firdaus, Impian Murni, Saujana Impian, Kajang, Selangor telah mengadakan Karnival Kesedaran Keselamatan, Kesihatan dan Kejiranan 2016 di perkarangan surau mulai jam 9:00 pagi hingga 5:00 petang.

Acara-acara menarik yang telah diadakan pada hari ini ialah ceramah, pameran keselamatan daripada pihak Polis Diraja Malaysia serta Majlis Perbandaran Kajang, pemeriksaan kesihatan percuma, gerai-gerai jualan, pertandingan mewarna untuk kanak-kanak di ruang legar surau dan lain-lain lagi.

Sabtu, 9 Januari 2016

Majlis Sambutan Maulidur Rasul 1437

Hari ini ialah hari Sabtu, 28 Rabiu'l Awwal 1437 bersamaan dengan 9 Januari 2016. Pihak Surau Raudhatul Firdaus (SRF), Impian Murni, Saujana Impian, Kajang, Selangor telah mengadakan Majlis Sambutan Maulidur Rasul 1437 di SRF.

Selepas solat Maghrib berjemaah, program dimulakan dengan selawat dan ucapan-ucapan. Ia diteruskan dengan Kuliah Umum Maulidur Rasul disampaikan oleh Dr Danial Zainal Abidin.

Apabila Kuliah Umum tamat, ahli-ahli SRF solat Isyak secara berjemaah dan menikmati jamuan yang disediakan sebelum pulang ke rumah masing-masing.

Jumaat, 1 Januari 2016

Solat Jumaat Kali Ke-40 di SRF

Hari ini ialah hari Jumaat, 20 Rabiu'l Awwal 1437 bersamaan dengan 1 Januari 2016. Pihak Surau Raudhatul Firdaus (SRF), Impian Murni, Saujana Impian, Kajang, Selangor telah mengadakan Solat Jumaat Kali Ke-40 di SRF.

Pihak SRF telah mengadakan Solat Jumaat Kali Pertama pada 3 April 2015 (13 Jamadil Akhir 1436).

Sebelum azan Jumaat dilaungkan, Ustaz Hisham bin Zakaria (penceramah jemputan) menyampaikan tazkirah berkenaan solat Jumaat. Beliau juga menyampaikan khutbah Jumaat berkenaan pesanan takwa yang disampaikan setiap minggu oleh khatib di mimbar Jumaat.