Lot 15972, Jalan Impian Murni 3/4, Saujana Impian,
43000 Kajang, Selangor Darul Ehsan.

Ahad, 20 Disember 2015

Projek Menaiktaraf SRF 2015

ICU (Implementation Coordination Unit), Prime Minister's Depertment atau Unit Penyelarasan Pelaksanaan, Jabatan Perdana Menteri telah menyiapkan Projek Kecil Persekutuan di SRF (Surau Raudhatul Firdaus) untuk tahun 2015.

Nama Kontraktor: Desa Bangi Enterprise.
Sijil Pendaftaran: 001036221-P.
Nama Projek: Menaiktaraf Surau Raudhatul Firdaus, Impian Murni, Saujana Impian, Kajang, Selangor.
Tarikh Mula: 17 September 2015.
Tarikh Siap: 10 Disember 2015.

Isnin, 23 November 2015

Kem Motivasi dan Hafazan Juz' Amma 2015

Tarikh hari ini ialah 11 Safar 1437 bersamaan dengan hari Isnin, 23 November 2015. Pihak Surau Raudhatul Firdaus (SRF) Impian Murni, Saujana Impian, Kajang, Selangor mula mengadakan Program Cuti Sekolah 2015, Kem Motivasi dan Hafazan Juz' Amma, Sekolah Rendah di SRF.

Program ini dikendalikan oleh Imam SRF iaitu Ustaz Herizal bin Saifullah. Tempoh kem ini bermula hari ini hingga hari Jumaat, 4 Disember 2015 (22 Safar 1437). Masa diadakan program ialah mulai jam 10:00 pagi sehingga 1:30 petang. Murid-murid sekolah rendah yang menyertai kem akan solat Zohor secara berjemaah di SRF sebelum pulang ke rumah masing-masing.

Rabu, 14 Oktober 2015

Ceramah Khas Sempena Sambutan Ma'al Hijrah 1437

Tarikh hari ini ialah 1 Muharram 1437 Hijrah bersamaan dengan hari Rabu, 14 Oktober 2015. Pihak Surau Raudhatul Firdaus (SRF) Impian Murni, Saujana Impian, Kajang, Selangor telah mengadakan Sambutan Ma'al Hijrah 1437. Sejak tengah hari lagi, kaum muslimat telah mula memasak makanan untuk jamuan makan malam ini.

Selepas solat Maghrib berjemaah, program dimulakan dengan kata-kata aluan daripada pengacara majlis dan ucapan pengerusi surau. Jemaah surau sama-sama berdiri dan bernasyid Tola'al Badru A'laina. Majlis diteruskan dengan Ceramah Khas yang disampaikan oleh Ustaz Yusri bin Che Md Jusoh. Tema sambutan ialah 'Perpaduan Nadi Transformasi Negara'.

Apabila Ceramah Khas tamat, ahli-ahli SRF solat Isyak secara berjemaah dan menikmati jamuan yang disediakan sebelum pulang ke rumah masing-masing.

Selasa, 29 September 2015

Mesyuarat Agung SRF Kali Kedua

Surau Raudhatul Firdaus (SRF) Impian Murni, Saujana Impian, Kajang, Selangor telah mengadakan Mesyuarat Agung Kali Kedua pada malam ini (Selasa, 29 September 2015) jam 9:00 malam hingga 10:20 malam di ruang solat dalam surau.

Ahli-ahli jawatankuasa SRF sesi 2014/ 2016 dikekalkan perkhidmatan mereka sehingga tahun 2016 kerana mesyuarat agung kali ini tiada pemilihan jawatankuasa. Ini bermakna ahli-ahli jawatankuasa SRF yang lalu merupakan ahli-ahli jawatankuasa SRF yang sama sebab masih ada tempoh setahun lagi untuk pemilihan jawatankuasa baharu.

  1. Ustaz Hussain bin Abdul Wahab (Pengerusi)
  2. Ustaz Abdullah bin Hussain (Naib Pengerusi)
  3. Ustaz  Norjeehan bin Ahmad Mustapa (Setiausaha)
  4. Encik Mohd Roslan bin Daud (Naib Setiausaha)
  5. Encik Mohd Nizam bin Osman (Bendahari)
  6. Tuan Haji Bakhrojin bin Majid (Naib Bendahari)
  7. Encik Mazlan bin Ibrahim (Wakil Pemuda)
  8. Puan Ummy Zalynna binti Abd Rahman (Wakil Pemudi)
  9. Ustaz Wan Abdul Hamiluddin bin Abd Kadir (Pemeriksa Kira-kira 1)
  10. Tuan Haji Abdul Halim bin Abdul Wahab (Pemeriksa Kira-kira 2)
  11. Encik Zaid bin Harun (Ahli Jawatankuasa)
  12. Encik Azmi bin Abd Wahab (Ahli Jawatankuasa)
  13. Encik Aizam bin Saberi (Ahli Jawatankuasa)
  14. Ustaz Mohd Zuki bin Mat Zin (Ahli Jawatankuasa)
  15. Encik Mohd Farouk bin Baharim (Ahli Jawatankuasa)
  16. Encik Arnizam bin Zakaria (Ahli Jawatankuasa)   
  17. Encik Nik Muhammad Faris bin Mohd Rasidi (Ahli Jawatankuasa)

Khamis, 24 September 2015

Solat Sunat Aidiladha dan Ibadat Korban 2015

Tarikh hari ini ialah 10 Zulhijjah 1436 Hijrah bersamaan dengan hari Khamis, 24 September 2015.

Pihak Surau Raudhatul Firdaus (SRF) Impian Murni, Saujana Impian, Kajang, Selangor telah mengadakan aktiviti Solat Sunat Aidiladha dan Ibadat Korban di SRF. Ia merupakan aktiviti korban tahun kedua diadakan di sini sejak surau mula beroperasi pada hari Ahad, 22 Jun 2014.

Beberapa ekor lembu dan kambing/ biri-biri telah dikorbankan pada tahun ini di SRF sempena Hari Raya Korban 1436.

Jumaat, 18 September 2015

Solat Jumaat Kali Ke-25 di SRF

Hari ini ialah hari Jumaat, 4 Zulhijjah 1436 bersamaan dengan 18 September 2015. Pihak Surau Raudhatul Firdaus (SRF) Impian Murni, Saujana Impian, Kajang, Selangor telah mengadakan Solat Jumaat Kali Ke-25 di SRF.
 

Pihak SRF telah mengadakan Solat Jumaat Kali Pertama pada 3 April 2015 (13 Jamadil Akhir 1436).

Antara isi khutbah yang disediakan oleh pihak Jabatan Agama Islam Selangor dan disampaikan oleh Ustaz Norjeehan bin Ahmad Mustapa pada Solat Jumaat Kali Ke-25 ini adalah seperti berikut.

Sidang Jumaat yang dirahmati Allah. Pada kesempatan yang mulia ini, di tempat yang mulia dan di hari yang mulia ini, marilah kita sentiasa menjaga dan meningkatkan prestasi keimanan dan kualiti ketakwaan kita kepada Allah dengan sebenar-benarnya iaitu ketakwaan yang dibangun kerana mengharap keredhaan Allah S.W.T. dan bukan keredhaan manusia, ketakwaan yang dilandasi kerana ilmu yang bersumber daripada al-Qur`an dan Sunnah Rasulullah s.a.w. dan ketakwaan yang dibuktikan dengan amal perbuatan dengan cara menjalankan setiap perintah Allah dan Nabi-Nya kerana mengharap rahmat Allah S.W.T. serta berusaha sedaya upaya menjauhi dan meninggalkan setiap bentuk larangan Allah dan Nabi-Nya kerana takut menghadapi azab dan siksa Allah S.W.T.
 

Sidang Jumaat yang dirahmati Allah. Marilah sama-sama kita menghayati khutbah hari ini yang bertajuk “BERSATU TEGUH, BERCERAI ROBOH”.
 

Sejarah manusia bermula dengan kesatuan. Keluarga Adam a.s. adalah penganut agama samawi yang berasaskan ajaran tauhid dan kepatuhan yang utuh kepada Allah S.W.T. Konflik perpecahan manusia bermula dengan terjadinya konflik Habil dan Qabil yang berpunca daripada sikap hasad dan curang demi merebut kepentingan duniawi. Itulah hakikat sejarah perpecahan manusia yang dicetuskan dengan motif perasaan cintakan dunia sehingga manusia gagal mengawal dan mengendali diri daripada dikuasai oleh nafsu, hasad dan tamak lalu menolak kebenaran.
 

Untuk menangani perpecahan di kalangan manusia, para rasul diutus bersama kitab daripada Allah S.W.T. Misi utama para rasul adalah menyelesaikan konflik di kalangan manusia. Para rasul menyatukan manusia dengan mengajak mereka kepada kesatuan aqidah, kesatuan syariat, kesatuan nilai akhlak mulia dan amal soleh.

Ahad, 23 Ogos 2015

Program NAZIM Merdeka 2015

Tarikh hari ini ialah 8 Zulkaedah 1436 Hijrah bersamaan dengan hari Ahad, 23 Ogos 2015.

Aktiviti untuk Kelab Anak-anak Hebat/ Nadi al-Azim (NAZIM) Merdeka diadakan mulai jam 7:30 pagi hingga 12:00 tengah hari di Surau Raudhatul Firdaus (SRF) pada hari ini.

Program ini dianjurkan oleh Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA) cawangan Kajang dengan kerjasama SRF.

Tahniah diucapkan kepada pihak ISMA, NAZIM dan SRF kerana mengadakan program yang bermanfaat pada hujung minggu kali ini.

Sabtu, 22 Ogos 2015

Lokasi Surau Raudhatul Firdaus Dalam Peta Google

Selamat datang ke Surau Raudhatul Firdaus (SRF). Klik di sini https://goo.gl/vP0kGQ untuk mengetahui lokasi SRF dalam Peta Google.

Sesiapa yang mahu datang ke SRF, anda boleh masuk melalui jalan di Persiaran Impian Perdana atau Jalan Impian Murni 3/4. Persiaran Impian Perdana merupakan jalan utama dan Jalan Impian Murni 3/4 pula ialah jalan di dalam taman perumahan fasa Impian Murni, Saujana Impian, Kajang, Selangor.

Sabtu, 1 Ogos 2015

Majlis Sambutan Aidilfitri 1436 @ 2015

Tarikh hari ini ialah 16 Syawwal 1436 Hijrah bersamaan dengan hari Sabtu, 1 Ogos 2015.
 
Pihak Surau Raudhatul Firdaus (SRF) Impian Murni, Saujana Impian, Kajang, Selangor telah mengadakan aktiviti Majlis Sambutan Aidilfitri di SRF.

Atur Cara Majlis:

Solat Maghrib.

Ucapan Pengacara Majlis (Ustaz Norjeehan bin Ahmad Mustapa/ Setiausaha SRF).

Bacaan Doa' (Ustaz Herizal bin Saifullah/ Imam SRF).
 

Ucapan Pengerusi SRF (Ustaz Hussain bin Abdul Wahab).

Ceramah Aidilfitri 1436 (Ustaz Sihabuddin bin Muhaemin).
 

Solat isyak.
 

Jamuan.
 

Bersurai.

Jumaat, 17 Julai 2015

Solat Sunat Aidilfitri 1436 @ 2015

Tarikh hari ini ialah 1 Syawwal 1436 Hijrah bersamaan dengan hari Jumaat, 17 Julai 2015.

Pihak Surau Raudhatul Firdaus (SRF) Impian Murni, Saujana Impian, Kajang, Selangor telah mengadakan aktiviti Solat Sunat Aidilfitri di SRF. Ia merupakan aktiviti kali pertama diadakan di sini sejak surau mula beroperasi pada hari Ahad, 22 Jun 2014.

Sabtu, 11 Julai 2015

Iktikaf dan Iftar Perdana Ramadhan 1436

Program dua hari di Surau Raudhatul Firdaus:

Sabtu, 11 Julai 2015 (24 Ramadhan 1436);
0400 : Qiamullail oleh Imam dari Palestin
0500 : Sahur 
0600 : Solat Subuh
0700 : Kuliah Subuh dalam Bahasa Arab disampaikan oleh Sheikh Ahmad Mazouz (Imam dari Palestin) bersama penterjemah Bahasa Melayu
0800 : Rehlah Masyi (Tadabbur Perang Badar)
1330 : Solat Zohor
1655 : Solat Asar

1710 : Tazkirah Asar
1830 : Persiapan untuk iftar (berbuka puasa)
1920 : Iftar/ Solat Mahgrib/ Solat Isyak / Tarawih/ Tazkirah/ Witir
2200 : Tadarus
2300 : Istirahat/ Santai

Ahad, 12 Julai 2015 (25 Ramadhan 1436);

0400 : Qiamullail
0500 : Sahur 
0600 : Solat Subuh
0700 : Kuliah Subuh
1330 : Solat Zohor
1345 : Tazkirah Zohor
1400 : Bersurai


Program ini dianjurkan oleh Ikatan Muslimin Malaysia/ ISMA Kajang, Aman Palestin dan Surau Raudhatul Firdaus.

Ahad, 5 Julai 2015

Kuliah Subuh Imam Muda Asyraf Julai 2015

Hari ini ialah hari Ahad, 5 Julai 2015 bersamaan dengan 18 Ramadhan 1436, Imam Muda Asyraf (Muhammad Asyraf Mohd Ridzuan) telah menyampaikan Kuliah Subuh di Surau Raudhatul Firdaus (SRF).

Kuliah Subuh berkenaan diakhiri dengan diperdengarkan bacaan Surah al-Fajr melalui telefon pintar Imam Muda Asyraf melalui pembesar suara.

Allah S.W.T. telah berfirman: Maksudnya: Demi fajar. Dan malam yang sepuluh. Dan yang genap dan yang ganjil. Dan malam bila berlalu. Pada yang demikian itu terdapat sumpah (yang dapat diterima) oleh orang-orang yang berakal. Apakah kamu tidak memperhatikan bagaimana Tuhanmu lakukan terhadap kaum 'Ad? (iaitu) penduduk Iram yang mempunyai bangunan-bangunan yang tinggi. Yang belum pernah dibangun (satu kota) seperti itu di negeri-negeri lain. Dan kaum Tsamud yang memotong batu-batu besar di lembah. Dan kaum Fira'un yang mempunyai pasak-pasak (tentera yang banyak). Yang membuat sewenang-wenang dalam negeri. Lalu mereka membuat banyak kerosakan dalam negeri itu. Karena itu Tuhanmu menimpakan kepada mereka cemeti azab. Sesungguhnya Tuhanmu benar-benar mengawasi. Ada pun manusia apabila Tuhannya mengujinya lalu dia dimuliakan-Nya dan diberi-Nya kesenangan, maka dia akan berkata: "Tuhanku telah memuliakanku". Ada pun bila Tuhannya mengujinya lalu membatasi rezekinya maka dia berkata: "Tuhanku menghinakanku". Sekali-kali tidak (demikian), sebenarnya kamu tidak memuliakan anak yatim. Dan kamu tidak saling mengajak memberi makan orang miskin. Dan kamu memakan harta pusaka dengan cara mencampur baurkan (yang halal dan yang batil). Dan kamu mencintai harta benda dengan kecintaan yang berlebihan. Jangan (berbuat demikian) apabila bumi digoncangkan berturut-turut. Dan datanglah Tuhanmu sedang malaikat berbaris-baris. Dan pada hari itu diperlihatkan neraka jahanam dan pada hari itu ingatlah manusia, akan tetapi tidak berguna lagi mengingat itu baginya. Dia mengatakan: "Alangkah baiknya kiranya aku dahulu mengerjakan (amal soleh) untuk hidupku ini". Maka pada hari itu tiada seorang pun yang menyiksa seperti siksa-Nya. Dan tiada seorang pun yang mengikat seperti ikatan-Nya. Wahai jiwa yang tenang. Kembalilah kepada Tuhanmu dengan hati yang puas lagi diredhai-Nya. Maka masuklah ke dalam jemah hamba-hamba-Ku. Masuklah ke dalam syurga-Ku. (Surah al-Kahfi: Ayat 1 hingga 30).

Jemaah SRF sempat beramah mesra dengan beliau selepas Kulian Subuh.

Ahad, 28 Jun 2015

Majlis Berbuka Puasa Bersama ADUN Kajang 2015

Hari ini ialah hari Ahad, 28 Jun 2015 bersamaan dengan 11 Ramadhan 1436, pihak Surau Raudhatul Firdaus (SRF) telah mengadakan Majlis Berbuka Puasa Bersama Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kawasan Kajang.

Selepas solat Maghrib di surau, Yang Berhormat ADUN Kajang, Dr Wan Azizah binti Wan Ismail turut menyampaikan sumbangan kepada pihak SRF setelah memberikan ucapannya. Terima kasih diucapkan.

Sabtu, 13 Jun 2015

Majlis Perasmian Ihya' Ramadhan 1436

Hari ini ialah hari Sabtu, 13 Jun 2015 bersamaan dengan 26 Syaaban 1436, pihak Surau Raudhatul Firdaus (SRF) telah mengadakan Majlis Perasmian Ihya' Ramadhan 1436.

Ahli kariah surau dan para jemaah menunaikan solat Maghrib di SRF. Kemudian, Ustaz Norjeehan bin Ahmad Mustapa sebagai Pengacara Majlis memulakan majlis pada malam ini dengan kata alu-aluan. Bacaan doa' dipimpin oleh Imam Herizal bin Saifullah. Ucapan Pengerusi SRF dan pelancaran tabung Ihya' Ramadhan oleh Ustaz Hussain bin Abdul Wahab. Perkongsian ilmu dan nasyid pula disampaikan oleh Ustaz Hasnul Jamal bin Sulaiman, Pendakwah dan Vokalis Kumpulan Nasyid DIWANI. Pengacara majlis menutup majlis dengan ucapan, tasbih dan bacaan Surah al-A'sr.

Selepas itu, solat Isyak secara berjemaah dan menikmati jamuan yang disediakan sebelum bersurai.

Sabtu, 23 Mei 2015

Majlis Sambutan Israk dan Mikraj 1436

Hari ini ialah hari Sabtu, 23 Mei 2015 bersamaan dengan 5 Syaaban 1436, pihak Surau Raudhatul Firdaus (SRF) telah mengadakan Majlis Sambutan Israk dan Mikraj 1436.

Ahli kariah surau dan para jemaah menunaikan solat Maghrib di SRF. Kemudian, ceramah disampaikan oleh penceramah undangan iaitu Ustaz Haji Mohd Hanafiah bin Haji Nawawi, Pengurus Syariah Bank Rakyat.

Selepas itu, solat Isyak secara berjemaah dan menikmati jamuan yang disediakan.

Jumaat, 3 April 2015

Solat Jumaat Kali Pertama di SRF

Hari ini ialah hari Jumaat, 13 Jamadil Akhir 1436 bersamaan dengan 3 April 2015 pihak Surau Raudhatul Firdaus (SRF) Impian Murni, Saujana Impian, Kajang, Selangor telah mengadakan Solat Jumaat Kali Pertama di SRF.

al-Hamdulillah, hari ini menjadi sejarah buat julung-julung kalinya para jemaah boleh menunaikan Solat Jumaat di SRF setelah diluluskan oleh pihak Jabatan Agama Islam Selangor sebagai Surau Jumaat.

Rabu, 1 April 2015

Kuliah Maghrib 01042015

Allah S.W.T. telah berfirman: Maksudnya: Dan demikian (pula) Kami mempertemukan (manusia) dengan mereka agar manusia itu mengetahui bahawa janji Allah itu benar dan bahawa kedatangan hari kiamat tidak ada keraguan padanya. Ketika orang-orang itu berselisih tentang urusan mereka, orang-orang itu berkata: "Dirikanlah sebuah bangunan di atas (gua) mereka, Tuhan mereka lebih mengetahui tentang mereka". Orang-orang yang berkuasa atas urusan mereka berkata: "Sesungguhnya kami akan mendirikan sebuah rumah peribadatan di atasnya". (Surah al-Kahfi: Ayat 21).

Rabu, 25 Mac 2015

Mesyuarat Jawatankuasa SRF Kali Ketiga Sesi 2014/ 2016

Hari ini ialah hari Rabu, 25 Mac 2015. Surau Raudhatul Firdaus (SRF) Impian Murni, Saujana Impian, Kajang, Selangor telah mengadakan Mesyuarat Jawatankuasa SRF Kali Ketiga Sesi 2014/ 2016 pada malam semalam (Selasa, 24 Mac 2015) jam 9:10 malam hingga 11:05 malam di SRF.

Antara perkara-perkara yang dibincangkan ialah berkenaan laporan kewangan, Solat Jumaat, aktiviti surau dan lain-lain lagi.

Ahad, 8 Februari 2015

Gotong-royong Bulan Februari 2015

Pihak Surau Raudhatul Firdaus (SRF) Impian Murni, Saujana Impian, Kajang, Selangor telah mengadakan aktiviti gotong-royong pada pagi tadi (Ahad, 8 Februari 2015). Aktiviti dilakukan di dalam bangunan surau, perkarangan surau dan di luar kawasan surau.
 
Ahli-ahli jawatankuasa SRF mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua ahli kariah yang sama-sama terlibat dalam menjayakan aktiviti kali ini.

Ahad, 18 Januari 2015

Majlis Sambutan Maulidur Rasul 1436

Hari ini ialah hari Ahad, 27 Rabiu'l Awwal 1436 bersamaan dengan 18 Januari 2015.
Pada hari semalam (Sabtu, 26 Rabiu'l Awwal 1436 bersamaan dengan 17 Januari 2015), pihak Surau Raudhatul Firdaus (SRF) Impian Murni, Saujana Impian, Kajang, Selangor telah mengadakan Majlis Sambutan Maulidur Rasul 1436.

Sejak petang lagi, kaum muslimin dan muslimat telah mula berkumpul di Jalan Impian Murni 2. Perarakan Maulidur Rasul di adakan sebelum azan Maghrib. Ahli kariah dan jemaah surau berselawat serta berarak dari Jalan Impian Murni 2, Jalan Impian Murni 3/1, Jalan Impian Murni 3/3, Jalan Impian Murni 3/4 dan terus ke kawasan surau. 

Selepas solat Maghrib berjemaah, program dimulakan dengan kata-kata aluan daripada pengacara majlis. Ia diteruskan dengan ucapan selawat dan persembahan nasyid daripada jemaah SRF. Kemudian, Ceramah Khas Maulidur Rasul disampaikan oleh Ustaz Abu Hasan Ash'ari bin Zakaria. 

Apabila Ceramah Khas tamat, ahli-ahli SRF solat Isyak secara berjemaah dan menikmati jamuan yang disediakan sebelum pulang ke rumah masing-masing. Sekali lagi persembahan nasyid diadakan ketika jemaah surau menjamu selera.