Adakah anda pasangan yang bakal mendirikan rumah tangga?
Atau baru sahaja mendirikan rumah tangga?
Atau pasangan yang sudah lama mendirikan bahtera rumah tangga?
Menurut Perunding Terapi Kekeluargaan Annabella House Of Theraphy,
Suhana Ahmad Marzuki, faktor kesibukan menguruskan kerjaya dan rumah
tangga serta anak-anak menjadikan komunikasi antara suami isteri semakin
terbatas. Malah mengikut kajian, pasangan suami dan isteri pada hari
ini hanya berkomunikasi sebanyak 20 hingga 25 peratus sahaja dalam
sehari, manakala baki 75 peratus lagi sekadar menggunakan bahasa badan
atau 'faham-faham' sendiri sahaja.
Tahukah anda ?
BERKOMUNIKASI adalah cara yang paling 'mudah' bagi memastikan
kebahagiaan rumah tangga yang dibina kekal dan juga cara terbaik untuk
melengkapkan hari-hari bahagia bagi setiap pasangan.
Mini Seminar di Dewan Seminar Masjid al-Hasanah, Bandar Baru Bangi: Komunikasi Suami Isteri Bahagia bersama Perunding Fonetik
Bertauliah dan Tim Pengkaji Komunikasi Gaya Nabi Muhammad daripada PTS
Coe Sdn Bhd, Pn Muna ‘Izzah Dato' Haji Fadhil yang pernah berkhidmat
sebagai Peguam Mahkamah Tinggi Malaysia.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan