Lot 15972, Jalan Impian Murni 3/4, Saujana Impian,
43000 Kajang, Selangor Darul Ehsan.

Isnin, 3 November 2014

Forum Perdana Sempena Sambutan Ma'al Hijrah 1436

Hari ini ialah hari Isnin, 10 Muharram 1436 bersamaan dengan 3 November 2014.

Pada hari semalam (Ahad, 9 Muharram 1436 bersamaan dengan 2 November 2014), pihak Surau Raudhatul Firdaus (SRF) Impian Murni, Saujana Impian, Kajang, Selangor telah mengadakan Sambutan Ma'al Hijrah 1436. Sejak petang lagi, kaum muslimat telah mula memasak bubur Asyura.

Selepas solat Maghrib berjemaah, program dimulakan dengan kata-kata aluan daripada pengacara majlis. Ahli-ahli panel Forum Perdana dipersilakan mengambil tempat. Majlis diteruskan dengan persembahan nasyid daripada jemaah SRF.

Kemudian, Forum Perdana pun bermula. Tajuk forum kali ini ialah 'Hijrahkah Kita?' Ahli-ahli panel terdiri daripada Ustaz Syed Muhammad Anas bin Syed Abdul Hamid (Panel 1), Ustaz Norjeehan bin Ahmad Mustapa (Panel 2) dan Ustaz Solah Hudin bin Hamat (Panel 3). Moderator pula ialah Ustaz Hussain bin Abdul Wahab.

Apabila Forum Perdana tamat, ahli-ahli SRF solat Isyak secara berjemaah dan menikmati jamuan yang disediakan sebelum pulang ke rumah masing-masing.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan